March 2, 2010

*Syafia Humairah

Tak sampai hati membayangkan bagaimana keadaan Syafia Humaira, 3 tahun diperlakukan sehingga mengakibatkan kematiannya. Kasihannya nasib seorang kanak2 yang sepatutnya dikasihi dan dilindungi tetapi telah diperlakukan seperti sampah. Sungguh2 binatang semua orang2 yang terlibat mengakibatkan kematian adik Syafia. Aku bersyukur Allah mengambil nyawanya kerana dia pasti lebih aman disisiNya.

Sungguh meragukan ke manakan arahnya negara kita sekarang ini. Siapakah yang dapat menolong masyarakat kita yang kian hanyut dan sesat ke tengah lautan. Semua kita memerlukan bimbingan. Bimbingan itu akan datang melalui tauladan. Tapi contoh2 tauladan yang kita perhatikan sekarang ini kebanyakkannya semakin menyesatkan. Begitupun, adalah amat sukar untuk menyedarkan mereka2 yang sesat ini apabila mereka sendiri tidak rela diajak kembali ke pangkal jalan.

Aku sendiri terasa akan sukarnya meneraju keluargaku untuk sentiasa memastikan kami berada di landasan yang diredai Allah. Adakalanya kami tersasar juga. Namun aku akan sentiasa berdoa semoga Allah melindungi kami semua dari kesesatan dan akan sentiasa berpaksi kepada ajaran islam yang suci. Aminnn.

No comments: