May 18, 2010

*hello, hai! bye-bye!!

last week... kat opis ada auditor datang visit, buat apa lagi, buat auditlah! punyalah banyak songeh, tak larat aku nak layan, boleh naik my blood pressure ni! sorry to say lah kan...tapi agaknya siapalah yg suka melayan auditor ni? on the 2nd day, pagi2 lagi aku mula buat planning nak kuar awal for lunch. Diam2 aku contact sorang kawan lama, ros yg sama2 satu ketika dulu keje kat x-company... tanya dia free tak nak layan aku g lunch, nasib dia kata okeh! Legaaa...

Kol 12 aku cabut kuar, kami janji lunch kat Burger King. sampai2 member dah siap sedia menunggu. ros soh aku g book meja sebab pastinya kalau kami dua2 Q, by the time dapat makanan takut tak ada tempat duduk plk. so aku pun pegi mencari lokasi yg sesuai utk kami bergebang sambil makan nanti.
Dlm aku dok tunggu ros ni, ada sorang mamat ni mundar-mandir depan meja tempat aku duduk sambil sembang2 di handphone dia. Sudah tu, dia tiba2 tegur aku dan tanya, ada BK lain ke kat area sini? aku jawab tak ada, inilah saja tempatnya. pas dia kata, saya tengah tunggu kawan saya, dia soh tunggu kat BK, saya takut salah lokasi. aku jawab tak lah, tak ada BK lain lagi kat sini. pas tu dia mula wat sessi suai kenal ngan aku! haha!
"U sorang jer ker?"
"tak, sya tunggu kawan tu..dia tengah order burger"
"lelaki perempuan?"
"perempuan"
"ohh...saya duduk kejap boleh?"
"hmm...ok!"
"saya Z, doc kat HKL, baru jer pindah dari GH Ipoh".
"ok, hai!"
"u keje kat mana?"
"dekat2 sini jer!"
"duduk mana?"
"Cheras"
"Husband?"
"Cheras la jugak!" haha nak tergelak aku!
"saya dah lama keje, dkt 15 tahun..bila dpt offer baik kat HKL, saya terima jerlah!"
"lama tu..."
"lama, saya pun dah 46 tahun, u berapa umur?"
"adalah dekat2 40!"
haiyoooo!! ini orang biar betul....mau tumpang tunggu jer,teros nak get personal? Sampai gaji dia kat GH Ipoh pun nak cite ngan aku?? nasib baik jap tu si ros ni sampai, terus duduk... and nasib baik jugak, kawan dia pun tak lama pas tu sampai dan si mamat ni minta diri and sebelom blah, siap bersalam and bagi no tepon dia lagi! hadoiiii....!!

balik ke opis dlm kol 2, aku siap2 nak solat zuhur dlu..biasalah solat dlm bilik aku jer. aku turunkan blind n nak amek telekong bila tiba2 si minah auditor ni ketuk2 pintu, "are u going out?" dan bila aku jawab tak dia terus kuarkan buku catatan dan dan kata "i need to clarify few more things!" "ok!" aku berdiri jer kat pintu, tak invite dia masuk pun! benda2 yg dia tanya tu, benda yg sama yg aku explain the day before! mana tak angin aku! aku lebih rela buat clarification later in paper rather have to explain to her on the whole scope again & again. selepas beberapa minit, dia pun kata "ok, thank you, i might be seeing u again later today!"
dlm hati aku berkata, ohh!! nasib baik aku ada meeting kol 330 kat KLCC ptg nanti... byee auditor!

No comments: