May 17, 2010

Selamat Hari Ibu / Guru

16 may 2010 - Hari Guru. Yang paling aku ingat ialah Ms Anne Lau, guru yg mengajarku mata pelajaran Seni semasa di SMSAB. Yang paling kuingat,pandangannya tentang seni itu adalah: "Satu Kenikmatan Rasa Indah". Heaaa....
Tak tau kenapa tapi dia adalah my favourite teacher. Ms Anne Lau adalah seorang penganut kristian, tetapi ada satu pesanannya yg amat berkesan di hatiku "you know, we can say our prayer at any time. God will listen." Tetiba baru aku terrealised that she's right. Pada zaman2 naive dulu, selalu terfikir kalau nak berdoa hanyalah lepas solat sahaja. Tapi lepas tu, dan sehingga sekarang, aku sentiasa berdoa kepada Allah, pada bila2 masa jua. Aku tak tahu di mana Ms Anne Lau sekarang... cuma doaku dia berada di dalam kesejahteraan selalu. Selamat Hari Guru buat guru2 semua.

Semasa hari ibu yg lalu, anakku diam2 telah
meninggalkan bungkusan hadiah
ni di dalam kereta! Bila sampai
kat parking office dan dan masa nak ambil hand bag baru
terperasan ada satu beg kecil di kerusi penumpang! hehe!! Thanks Sayang!

No comments: