June 6, 2012

Kejadian di awal pagi..

Kebiasaan aku akan sampai office sekitar pukul 715 pagi, kadang2 lebih awal, kekadang lewat sket. Dan selalunya masa tu memang aku seorang ajalah yg ada kat tingkat 11 tu. Keadaan masih sunyi dan sepi. Sampai2 di office, perkara pertama yg kulakukan ialah on my laptop. Lepas tu I will switch on to  http://www.tvquran.com/Alafasi.htm dan akan berkumandanglah ayat suci alQuran dalam bilikku. Kadang2 dalam keadaan yg sunyi dan sepi macam2 bunyi yg kita fikir kita dengar, jadi lebih baiklah mendengar alunan surah2 alQuran.  Lepas tu aku pergi pantry buat minuman sebagai ulaman semasa membaca paper.

Tiba2 aku terasa hendak ke toilet pulak, ada short call jer. Toilet kitaorg located outside the office and sharing basis bukan utk bebudak kat office aku jer, dan lokasinya di hujung bangunan berdekatan dengan utilities room n apa2 room lagi lah for maintenance used. Adalah kena jalan belok2 dalam 30 meter cam tu. (Kalau ada perasaan for long call pagi2 cam tu, aku akan bawak tepon dan akan bukak lagu semasa duduk2 dlm toilet, itu supaya aku akan mendengar lagu dan bukan bunyi2 lain. kat opis aku ni masa baru2 pindah awal tahun sudah ada ustaz dah buat proses pembersihan dampai ke toilet sebab ada kes2 mistik yg diadukan oleh penghuni.) Sampai kat ladies room tu biasalah aku on the light switch, dan proceed to answer nature’s call. Lepas cuci2 tangan dan belek2 tudung aku pun berjalan keluar dari toilet. ketika melalui corridor hendak hala balik ke office aku, I need to pass by this satu pintu rintangan api. Tiba2 “tup!” bunyi switch lampu tertutup dan serta merta aku berada dalam keadaan gelap gelita!! Ya Allah, terkejutnya aku! Yg aku nampak masa tu hanyalah jaluran cahaya malap di bawah pintu! Secara sepontan aku terus berlari menuju ke pintu dan sempat juga berdoa janganlah pintu tu tak boleh bukak pulak!! Adoyaiiii! mujur tak terpelecok sebab aku pecut dengan kasut tinggi lagi!

Tak pernah terjadi kepadaku kejadian sebegini sebelum tu…. Agaknya lepas ni aku kena selalu bawak handphone yg boleh merangkap sebagi torch light utk menemani aku. Seram siottt!

2 comments:

Cik Kiah said...

Entah2 ada 'orang' tengah buat earth hour kut...

Unknown said...

tak tau ler Cik Kiah oiii...! nampak cam cubaan menyakat tu..