September 29, 2009

Raya-Raya Malaysia

Masih dalam mood nak citer pasal raya nie. Kami kembali ke kota pada hari raya ke 5, banyak urusan di rumah yg perlu dilakukan. Pakaian2 yang mesti didobicuci, rumah yg mesti dikemas, kuih muih yg harus dimasuk ke dalam balang, dan lauk basah yg mesti dibeli. Sampai2 di rumah, terus angkut barang2 yg dibawa dari kampung,simpan dan kemas serba sedikit...lepas tu aku ngan B terus berangkat ke Sogo! Haaa??

Alkisahnya.. hand bag prada aku dah putus talinya sebelum raya hari tu...dah pegi dah pon wat survey nak cari ganti, tapi setelah keluar masuk super market di gedung2 membeli belah masih tak jumpe yg aku suke...jadi masa raya di kampung ari tu aku guna beg lama jimmy choo yg dak berapa sihat tu. Heheh!tak mau kalah jenama grand2 gitu! Sebenarnya aku masih ada satu lagi handbag LV ori yg masih elok, tapi tak berapa syok nak guna sbb tak selesa disandang. Itu lah pasal kuheret B menjelajah Sogo utk mencari handbag baru.

Seronoknya pada masa tu org tak ramai dan best lah nak belek2 apa yg menarik di mataku. Puas jugaklah keliling area tu, last2 berkenan ngan satu beg Bonia new arrival... tapi warna putih, mesti susah nanti nak matching, and cepat lak nampak kotor. Tapi kusuroh jugak dak salesboy tu amekkan. bila dak dikuarkan semua isi perut beg tu...nampak penyek, tak cantiklah pulak. Ishhhh!! Tiba2 aku nampak satu beg Sembonia warna hitam yg cun, aku soh salesboy tu amek stok baru. Tak lama pas 2, salesboy tu datang padaku dan kata, sorry kak, yg display ini yg last one, dah tak ada stock lain! Hmmm....lepas kufikir2 3,4 saat, aku cakap oklah! Settle! Opps... sebenarnya aku ada beli satu lgi handbag... selepas kami pegi makan! heheh!!

Actually dah nak pulang dah...tapi nak ke lift ke car park kena lalu lagi kat area handbag tu... masa tulah ternampak beg polo ni... ada potongan 50% dan sungguh sesuai untuk masukkan lap top ku! tangkap satu and kejam2 mata g bayar! Selamat sudah duit raya yg B bagi pd 1st raya ari tu! Pas tu tak jadi balik lak... sebab B kata kalau dah beli sampai dua beg, dia pun nak g beli kasut dia plk! End up kami merayau2 kat Sogo sampai nak maghrib baru settle sume! B pun dapat beli selai tshirt & kasut warna metallic gold g2 (terus pakai lak tu!). sakan..!!
Sebelum pulang, kami singgah kat food court Sogo tu beli ketupat nasi (tak puas lagi mkn ari tu)& sambal kacang, lemang and rendang daging. Ketupat nasi tu rega RM 4.50 untuk 4 ketul. Tapi sampai di rumah bila ku belah ketupat tu... rupa2nya dah basi, berlendir2! hampa hati nak makan ketupat mlm tu. kurang hajar betol taukeh kiosk ketupat tu , agaknya dah berapa hari ketupat tu disimpan dan masih dijual?? Tergamak dia nak buat untung menjual makanan basi pada org ramai. Budak yg jual tu selamba jer boleh kata sume baru sampai ni Kak, elok2 lagi! Cehhh!!

1 comment:

Anonymous said...

beli daun then wat sendiri....puashati..aku pun plan nak wat ketupat sabtu nih..bergantung kepada tahap kerajinan...

Anna_M