September 28, 2009

Salam AidilFitri...

Selamat Hari Raya,
kepada saudara serta saudari..
Setahun hanya sekali, merayakan hari yg mulia ini
Semasa bulan Ramadhan kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma..
Hari Raya disambut dengan gembira!


Aku pulang ke kampung pada 28 Ramadhan, 2 hari sebelum Syawal; dan pada masa entry ini dibuat, telah masuk 9 Syawal! Bermakna telah selama 10 hari berturut2 aku berjauhan dengan pejabat, dan hari ini, setelah sekian lama, aku kini kembali bekerja...

Yang gembira di hari Raya pastilah anak2 saudara dan mak.. ialah, kalau selama ini umah mak tu senyap jer, menjelang syawal tiba2 jadi riuh rendah dan ceria dengan gelagat anak menantu dan cucu2 yg berkampung untuk menyambut syawal bersama!

Rutin raya selepas abah meninggal 3 tahun lepas ialah : akulah si penganyam ketupat dan tukang masaknya sekali. Tahun pertama mengambil alih tugas abah, ketupat yg kurebus keras dan tidak sedap dimakan... tapi pada tahun kedua dan ketiga ketupatku telah lembut dan sedap dimakan!! hehe!! Dan gembira juga di hati kerana ada anak terunaku bakal menjadi pelapis untuk meneruskan tradisi menganyam kelongsong ketupat! Lantas salah satu syarat yg kutetapkan untuk bujang 3 itu ialah : calon2 yang hendak dibawa pulang ke rumah suatu masa nanti mesti pandai menganyam ketupat...

dalam sibuk melayan karenah anak2 saudara dan saudara mara yg berkunjungan berhariraya, ada berita sedih yg sampai kepadaku pada hari raya ke 4. Teman sepejabatku Amer telah terlibat di dalam satu kemalangan jalanraya di kampungnya di Perak dan meninggal dunia di tempat kejadian... sayu hati mengenangkan, baru sahaja bertukar2 ucapan maaf dan selamat pada hari terakhir sebelum aku mula bercuti..kini dia telah tiada. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga anak2 yatim yg ditinggalnya akan dipelihara Allah sentiasa. AlFatihah buat Amer.

No comments: