April 10, 2010

*Anjing K9

Malam tadi, aku tertengok rancangan Galeri Nasional at TV1. Tertengok kerana browsing channel sebab tak tau apa yg menarik kat TV masa tu. Antara intipati yg dipaparkan dalam Galeri Nasional tu adalah mengenai pasukan anjing2 polis Unit K9. Anjing2 polis ini dilatih untuk membantu mencegah jenayah, antaranya adalah mengesan senjata api dan dadah. Semasa dipaparkan sesi latihan, anjing2 yg berjaya dalam tugasannya mengesan bungkusan berisi dadah, akan diberi upah dalam bentuk makanan.
Aku kata “Wah seronoknya dia! Dapat kesan jer dapat upah makan!!”
Hubby menyampuk dari dalam bilik “ u tau tak apa dia bagi anjing tu makan?”
“what?” aku tanya.
“dadah!” said hubby, keluar dari bilik. Ketawa besar lah aku!
“that’s what my friend told me laa” he said with a straight face.
Iyelah tu…..??! heaaaa! aku kata kalaulah anjing2 tu diberi makan dadah, tentu anjing2 tu akan jadi lalok macam mat2 gian yg biasa kita tengok tu. And bayangkan bila anjing2 tu gian tak dapat bekalan dadah, mau “dikokangnya” polis penjaganya tu! Ishhhh!!! Menakutkann! Kesannya tentu lebih kurang macam mat2 gian yang mengganas hingga ke sanggup mencederakan orang lain bila tahap giannya tidak dapat dikekang. Aku kata kat hubby, karutlah kawan2 u tu. Habis tu, agak2nya anjing2 pengesan senjata api tu diupah makan apa lah pulak ek? Takkan makan peluru kot!! Heheh!!! And anjing yg mengesan VCD haram tu maybe dapat upah tengok VCD kalau berjaya mengesan produk tiruan tu!! Hahahahahah!!

No comments: