April 13, 2010

*Pembuat Kunci

Somewhere kat area umah kami tu ada satu “parked van” penjual / pembuat kunci yg beroperasi 24 jam sehari. Sewaktu terdesak, kami pernah juga mendapat khidmatnya and we have to pay for the price sebab dia beroperasi macam 711.. around the clock.
Satu hari tu, kami passed by the van on our way to Giant Connaught and tengok Van tu tutop pulak, maknanya tak ada urusniaga yg berlaku di stu pada waktu itu, tetapi di tepi cermin van tu ada terpampang nombor handphone dalam ukuran yg besar. Hubby kata, ohh..semalaman malam tadi dia kerja tu, hari ni lepak kat umah jer.

aku kata agaknya kalau kita terkunci dari luar rumah dan lupa bawak kunci, bolehlah call apek tu soh datang anytime to help us out. Cemana lak dia boleh pasti itu betul rumah kita or not?

Kot-kot one time dalam kol 4 pagi ada org call taukeh kunci soh datang kat umah sebab si mamat ni kata dia baru balik dari clubbing dan terhilang kunci dan tak boleh masuk rumah. “eh.. lu datang diam2 tau, jangan buat bising, nanti bapak wa sedar, mati wa kena pukul sebab balik rumah subuh2 ini macam” tokeh kunci kata, “oklah! oklah…!” dan terus buat kerja dia sambil mamat ni tolong suluh pintu umah ngan torchlight . Siap kerja, amek upah midnight double charge dan pelan-pelan beredar dari situ. kesian gak kalau kot2 betol bapak dia tersedar nanti, serious mamat ni kena belasah ngan bapak dia.

Esok pagi Tokeh kunci dengar berita ada sebuah rumah tidak jauh dari kejiranannya dipecah masuk pencuri dan penghuni tidak sedar tentang kecurian itu sehinggalah apabila mereka bangun pagi hendak pergi bekerja dan mendapati rumah bersepah dan barang2 berharga telah lesap. Mereka berasa pelik kerana tiada pula tanda2 pintu atau tingkap rumah mereka diumpil dari luar. polis menjangka kejadian ini didalangi orang yang pakar membuka kunci!

Terlopong apek tu kerana dia pasti, dialah yang menolong seorang pencuri memecah masuk rumah tersebut! Hmm...best gak wat cite nie!! Hehhh!

No comments: