February 4, 2011

dari muar ke btho

petang jumaat cuti hari kedua CNY, aku ternampak ada miss call dari adikku CT. waktu dicatat ialah pukul 4 ptg. masa aku perasan miss call tu ialah pukul 6 ptg. aku call dia semula.
"nape, awak nak dtg KL ke?" aku saja pancing.
"ha ahlah... tapi tadilah, ni dah petang. saya takut awak tak ada umah!" jawabnya.
"adalah, klu tak dpt cakap ngan saya nape tak kol abangngah, dia kan letak tepon dlm spender! eh, awak dtg jer lah. drive skng, kol 8 sampailah!"
"iyer ker? betol ker nie..sya tak siap apa pun ni?" tanya CT lagi
"ha ah! tak yah sibuk2 mandi ler, masuk je beg baju n susu anak awak dlm kete. sampai kang mandi sini! g tau dak Yus tu dulu!"
"ha, ya lah... tapi nti sya balik awak sponsor minyak ngan tol yek!"
hek eleh... ada2 jer cara adik aku tu nak pau aku! tak per lah, dia bukan selalu ada angin nak datang ke umah aku pun. dan aku pun tak cakap yg umah dah macam tongkang pecah sekarang sebab renovation! hik! kalau dia tau tuntu tak mau dia dtg! biarjer lah suma berkubang nanti!

dalam kol 830 mlm CT kol lagi kata dia dah sampai dan soh aku g amek dia kat stesen minyak alam damai! spt biasa, aku tau dia pakai redah jer tu... tau2 sampai lak kat area alam damai! sepanjang aku dok sini, adalah lima nam kali dia datang drive sendiri ke umah aku di btho, dan lima nam kali juga aku kena amek dia di lokasi yg berasingan! macam tu punya style pun ada kan. apa nak buat, adik aku jugak! dia cuma tak tersasar kalau datang ngan laki dia dak yus tu. rupanya si CT cuma dtg bertiga, ngan fathin dan wawa. bila aku tanya mana nana, dia kata kat umah mak! mak pun tak tau dia dtg umah aku. mmg kurang rempah ini budak. sian si nana tu, kalau dia tau kakak and adik dia sampai umah aku tentu dia ketontang bershuffle kat umah mak! budak2 nie suma mmg sangat2 look forward nak dtg umah makngah dia kat kl ni... tapi aku dan hubby tak terlayan! maklumlah dah lama tak ada anak2 ikan bilis kat umah...

No comments: