February 1, 2011

selamat hari wilayah

Hari Selasa 1hb feb ialah hari Wilayah Persekutuan. Aku dan mereka2 yg seangkatan warga kota kolumpo diberi cuti umum setiap 1hb Feb. ramai yg ambil cuti esok sebab the next day nya, Khamis & Jumaat ialah cuti CNY! Tahun 2011 ni mmg bestlah sebab banyak cuti umum jatuh pada awal atau hujung minggu! kalau lah cuti boleh dihimpun dan di carry forward ke tahun berikutnya, kan best!

Aku tidak bercadang hendak ke mana2 kerana tak mahu menyumbang kepada kesesakan lalu lintas yg pastinya akan berlaku setiap kali musim perayaan. tak kiralah raya apa pun. lagipun tak selesa nak tinggalkan rumah selagi renovation tu tak selesai.

oleh kerana aku seorang yg bekerja di kolumpo, aku seorang sajalah cuti dan berada di rumah kerana yg lain2 kena pergi bekerja macam biasa. Aku duduk di rumah tengok cite2 ulangan Astro yg canggih tu sambil makan limau mandarin. mood cuti dah mula terasa. seronok la pulak memikirkan ada 4 hari berturut2 yg "ko boleh buat apa ko suka!".

No comments: