February 11, 2011

jejantas baru

aku dan few office staff pergi lunch ke KLCC, kami makan tengahari di secret recipe. semasa pulang menggunakan tunnel melalui jalan dalam di convention centre tu, one of us perasaan yg jambatan baru yg menghubungkan convention centre ke jalan perak / impiana hotel telah boleh digunakan.

sedang kami memandang2 ke arah mana pintu masuk ke arah jejantas, security guard yg berada di situ tersenyum mengangguk dan membuat isyarat tangan menunjuk arah mana patut kami gunakan. beramai2 kami bergerak ke arah escalator jejantas tersebut.

wahhh! redup tu… ada aircond lagi! memanglah selesa. kami tak perlu lagi meredah panas terik untuk melintas jalanraya yg sibuk depan coway tu, dan lepas tu kena melintas satu jalanraya lagi di depan RHB untuk pulang ke office! jejantas baru tu mempunyai exit utk susur keluar ke jalan perak, di lorong pejalan kaki di sebelah bangunan pejabat kami!

cumanya jejantas tu laluannya jauh sedikit tetapi yg pasti ianya lebih selamat! lepas ni kalau bila2 nak ke KLCC masa tengahari inilah pilihannya, kulit pun boleh selamat dari sinaran hangat UV sang mentari!

No comments: