March 24, 2011

suami kawin lain? hahaha!!!

Ishhhh!! lamanya saya tak menjengok blog saya... hari ni lak tiba2 ada angin semula nak hupdate! heaaa! tapi cuma nak komenlah ulasan dari seorang artis jelita tentang suaminya yg dikatakan akan berkawin lagi. Dengan berani dia kata berita itu lucu dan tidak benar! mana ada lucu kalau suami kita kawin lagi? lucu ker? dengar khabar angin pun dah cuak! and lagi dia kata kalau benarlah berita itu (laki kawin lain) sudah pasti dia adalah orang pertama yang akan tahu!! hahahahaaa!! laki kita akan bagitau kat kite ker kalau dia kawin lain?  "Ayang... i ada something nak bagitau you. you are the 1st to know, you know! esok i nak nikah lagi..!"  Boleh? Hadooiiiiiii!! itu terjadi dalam pilem madu tiga jer, si Jamil ni pun cuma berani bagi tau kat bapak mertuanya, "bapak, saya dah bernikah lagi satu!"

kawan saya dah kawin 2 tahun dengan suami seseorang dan sampai sekarang seseorang itu tidak mengetahui akan keadaan dirinya sebenarnya berhoney-honey....hmmmmmm!

mStar Online : PETALING JAYA: Pelakon Erra Fazira, 37, menganggap gosip terbaru yang mendakwa suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin, 36, bakal berkahwin lain sebagai sesuatu yang lucu dan tidak benar.

Menjawab desas-desus terbaru mengenai Ketua Pegawai Eksekutif saluran berita Bernama TV itu, Erra mengakui terkejut dan baru pertama kali mendengar gosip tersebut.
"Saya sendiri sebagai isterinya pun tidak pernah pula mendengar cerita ini. Sebelum ini sudah banyak cerita tentang rumah tangga kami diperkatakan.

"Saya menerima dakwaan ini sebagai sesuatu yang lucu dan menganggap ia tidak benar sama sekali," katanya yang ditemui selepas terlibat dalam program TV3, Wanita Hari Ini di Sri Pentas, Bandar Utama, Selasa.

Mengulas lanjut mengenai cerita negatif yang melanda rumah tangganya kebelakangan ini, Erra berkata dia percayakan Emran dan sekiranya perkara itu berlaku, tentulah dia orang pertama yang akan mengetahuinya dahulu.

"Sudah banyak kes yang berlaku apabila rumah tangga artis yang aman damai pun didakwa ada masalah. Jadi saya sudah tidak kisah dengan cerita sebegini," katanya.

Cerita terbaru mengenai rumah tangga pelakon jelita itu kembali diperkatakan baru-baru ini apabila timbul pula kekecohan di kalangan petugas Bernama TV yang mendakwa Engku Emran merancang untuk berkahwin lagi.

1 comment:

Anna said...

Ala..org laki ni, kalau nak kawin rashia2 pun still kita x leh tau..mcm ada org yg ko kata tu lah..first wife ngalahkan polis pencen check 24/7 still escape gak laki dia kawin lain kan?..kwn aku tu dah 4 thn laki dia pun kwin laen senyap2 plak tu...satu taman lagik...padahal x pernah x balik umah..x pernah ostation pun....org lelaki ada 99 akal..apa nak heran kan??