June 15, 2011

best sangat ke pakai short tu?

nak cite jugak tentang jenis pakaian yg mula menjadi trend pompuan2 masa kini, tak kira yg kecik sampai ke makcik, makcik! sungguh tak tipu! yg membuat aku rasa nak komplen ialah kerana mereka2 yang terlibat ialah orang2 melayu yang sepatutnya beragama islam dan tau adab berpakaian.

pagi minggu baru2 ni, aku ngan hubby naik moto anakku g breakfast kat depan umah. mula2 g pusing depan McD nak beli paper. semasa hubby berhenti moto membeli paper mingguan, aku terkejut memandang satu pemandangan geli-geli : pompuan gempal pertengahan umur bertudung, memakai t shirt dan dipadankan dengan leotard nipis macam pantyhose? MasyaAllah... nampak serupa macam pakai tshirt je.... tanpa seluar! ya Allah... g makan ngan kuarga lak tu. Ishhhh!! tak ada perasaan malu ke keluar jalan2 depan public macam tu? kalau budak2 kecik, cute jugak lah. apa yg dia nak tunjukkan hah?

pas tu, masa berhenti bersarapan kat kedai gerai nasi lemak...tengok2lah orang2 yang dah mula datang nak bersarapan... haaaa... sungguh hari minggu tu hari "jom pakai short sedonia" kot?  musykil aku ngan hubby tengok: apa ke hal makin ramai org2 pompuan tua muda melayu di BTHO ni dok galak pakai suar pendek g breakfast? nyonya2 pulaknya pandai pakai track suit. Astafirullahhalazimmm....

nasihat akulah, sebab aku ni bukan pun baik sangat nak tegur orang.... tapi kalau dah tua2 dan senja tu... sendiri mau ingatlah. kalau tak nak tutup rambut, janganlah pegi bukak kain pulak. yg anak2 muda remaja pulak seperti mencabar org2 keliling, pakai seluar pendek ketat ala2 spender jer! kalau dah kena rogol, pandai pulak menangis2 buat laporan polis. dah kalu mak share pakaian tak cukup kain ngan anak, siapa kau, org luar yg nak menegur??

Ya Allah Ya Tuhanku, Dikau berilah petunjuk Mu kepada kami agar kami sentiasa berada pada jalanMu yg Kau redhai ; peliharalah diriku dan keluarga serta keturunanku dari mereka2 yg menzalimi dirinya sendiri.

No comments: