June 19, 2011

Selamat Hari Bapa

dalam website beautifulnara ari ni:
Apa kenangan yang anda tak dapat lupakan bersama ayah yang tercinta?

sesuatu yg paling touching dan aku tak lupa ialah bila arwah abah yg masa tu walaupun tak berapa sihat sanggup datang turun KL ngan mak untuk menghadiri majlis konvo aku di UKM Bangi pada tahun 2004. Selama 4 tahun pengajian luar kampus, aku berulang alik ke UKM saban hujung minggu demi azamku untuk mendapatkan segulung ijazah.

Abah pakai baju kot takut sejuk masa dalam dewan dan dengan bertongkat dia dan mak sama2 meniti tangga di dewan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) untuk melihat aku menerima ijazahku pada hari itu.

selepas selesai upacara aku masih ingat abah berwajah penuh terharu memeluk bahuku dan mengucap tahniah kepadaku dan katanya masa tu "abah mintak maaf kerana tak dapat hantar awak pegi belajar, abah tak ada duit".
aku cuma menjawab "tak apa lah, Bah..."
sesungguhnya aku amat maklum akan pengorbanan abah kepada kami sekeluarga.


Kini semua itu tinggal kenangan. Abah meninggal tahun 2006 pada usia 65 tahun dan tak sempat untuk aku lebih lama membalas jasanya. Selamat Hari Bapa, Bah. Alfatihah hadiah buat Abah

and Happy Father's day to dear Hubby too.

No comments: