August 5, 2011

doa buat jejari runcing

Front page di Harian Metro semakin mengesahkan Khairul Fahmi begitu nekad dengan keputusan yang dibuatnya. I was initially hoping that maybe dia akan memikirkan semula tentang hasratnya untuk memutuskan jalinan cintanya dengan Elia, tetapi nampaknya tiada tanda2 ke arah itu. Cuma secara rasminya belum mendapat sumber bilakah tarikh keluarga angkatnya akan menemui keluarga Elia.

Mengikuti perjalanan kisah cinta mereka di blog Elia aku pun tumpang sedih bagaimana Khairulfahmi dengan begitu mudah boleh switchoff perasaan cinta itu. semudah 1,2,3. Anyway aku tak pelik kerana pernah punya pengalaman bagaimana perasaannya bilamana terpaksa berdepan dengan cinta lelaki yang kelihatan begitu menyala2 tetapi boleh padam tiba2. He said he just fall out of love. Sob!sob!

Sangat bersimpati dengan Elia. Keputusannya untuk berdiam diri dari membuat sebarang kenyataan adalah baik tetapi dengan adanya kenyataan2 yg dibuat oleh pihak2 lain semakin menambah burukan keadaan. Doaku buat Elia semoga dia tabah dan redha menghadapi dugaan ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Aku harap teman2 baiknya akan sentiasa berada si sisi di saat2 seperti ini dan sentiasa memberi sokongan dan kasih sayang. Elia, kumbang bukan seekor; buktikan anda tidak akan musnah hanya kerana seorang lelaki.


KOTA BHARU: Kontroversi putus tunang penjaga gol skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 22, dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, hampir menemui noktah apabila hero Harimau Malaya itu mengesahkan akan memulangkan cincin pertunangan kepada keluarga bekas tunangnya dalam masa terdekat.

Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apek berkata, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan segala urusan dilakukan mengikut adat Melayu termasuk menyerahkan semula cincin pertunangan yang bakal disempurnakan keluarga angkatnya di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, kata Khairul Fahmi, dia tidak turut serta ketika urusan penyerahan cincin itu kerana terpaksa ke Slovakia beberapa minggu bagi menjalani latihan intensif bersama skuad Olimpik.

“Saya sudah meminta keluarga angkat di Kuala Lumpur menyerahkan cincin pertunangan yang saya terima mengikut adat Melayu sebagai tanda tiada lagi ikatan pertunangan. Selepas ini saya harap tidak timbul lagi masalah lain kerana saya mahu ia diselesaikan secara baik.

“Penyerahan cincin akan dilakukan dalam masa terdekat namun malangnya saya tidak berada di sini kerana terpaksa menjalani latihan intensif bersama skuad Olimpik di Slovakia,” katanya ketika di temui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, malam kelmarin.

No comments: