July 24, 2012

Qaluinalillah

Hari ini dah masuk 3 hari umah Islam berpuasa. Aku mendengar dua perkhabaran yang tidak begitu baik.
Pertama tentang sahabatku yang diminta memberi surat meletak jawatan dengan pegawai atasan memberi alasan keadaan syarikat yang tidak begitu memberangsangkan. Mujur dia membantah dan meminta supaya syarikat yang memberhentikannya agar dia mendapat pampasan yang sewajarnya. Terasa macam ada hanky panky pulak mengapa dia seorang sahaja yg disuruh berhenti kerana alasan itu. Benyak2lah bersabar, adalah hikmahnya di sebalik setiap musibah yang berlaku itu.

Berita kedua lebih menyedihkanku, iaitu tentang kembalinya ke Rahmatullah sahabat baikku di zaman kanak2ku dulu, Allahyarhamah Asmah hj Hussein. Dia sahabat sekampung yang rapat masa kami kecil2 dulu. Dulu kami geng bertiga:  aku, cheru dan asmah. sekarang Asmah telah tiada.  Kami berdua yang tinggal pasti akan menyusul juga nanti. Mati itu pasti, hidup InsyaAllah.

Semasa aku balik ke kampong 2 minggu sudah, mak ada memberitahu tentang Arwah dimasukkan ke hospital kerana komplikasi buah pinggang. Masa tu rumah mak buat kenduri, biasanya kalau Arwah sihat sudah pasti dia akan menghadirkan diri dan dapatlah kami bertukar2 cerita masing2. Aku memang ada bercadang hendak pergi melawat dia di hospital pada hari Ahad sebelum pulang ke KL.. tapi entah macamana jadi tak ingat tentang rancangan itu… menyesal sungguh rasanya. Tapi sesalan itu dah tak berguna.  
Arwah Asmah ni lebih kurang baya2 aku jer, dia dalam 2 tahun lebih tua dari ku, dan menjelang dewasa dia menjadi seorang yang sangat suka berniaga. Dia sentiasa sibuk menguruskan perniagaan, anak2 dan rumahtangganya. Tetapi sentiasa ceria. Kasihan kini anak2nya menjadi yatim semasa mereka masih memerlukan seorang ibu untuk menguruskan makan pakai dan persekolahan mereka. Syawal ini nanti tiadalah nanti arwah datang beraya ke rumah bersama anak2nya.. sedih pula mengenangkan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.  
Al-Fatihah
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ.
أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــ.


No comments: