July 4, 2012

Jumpa bendang padi dah kuning!

Sebenarnya aku berada di tengah2 cerita orang, terlibat secara tak langsung sebab aku procurement. Dan kes ini pun tidak mendatangkan apa2 kepadaku melainkan pening kepala saja. Tapi aku suka nak tulis cerita ini sebab kisah ini diperibahasakan dengan kiasan yang menarik! Jumpa bendang padi dah kuning!

Aku tak tau apa yg sebenar2nya telah berlaku. Pada suatu hari seorang vendor telah datang ke pejabat dan ingin berjumpa aku untuk memperkenalkan “orang kanannya”; katanya dia amat sibuk sekarang dan perlu ada seseorang yang membantu dalam menjalankan bisnesnya. Menurutnya selepas ini nanti dia meminta aku berurusan dengan “orang kanannya” itu.  Aku tiada masalah apa2 pun.

Sehari kemudian aku mendengar cerita bahawa sebenarnya “orang kanan” ini telah mengambil alih syarikat dari tuan punya secara bermuslihat. Dan si “orang kanan” ini sedang mula menuai hasil dari kerja2 yang dilakukan oleh tuan punya asal syarikat ini. Maknanya, dia mengutip bayaran di atas kerja2 yang telah dilakukan oleh tuan punya asal secara sepenuhnya tanpa bersusah payah! Hmmmm… senangnya hati. Kata seorang pengurus kanan di plant KLIA, si orang kanan ni “jumpa bendang, padi dah kuning!” peribahasa tulah yg aku suka! Hahaha!!

Sekarang ni, dengar cerita bekas tuan punya tu sedang berusaha hendak mendapatkan semula syarikatnya itu. Aku pelik macamana kejadian ini boleh berlaku. Seorang tuan punya syarikat yang bersungguh2 mencari projek untuk syarikatnya dan apabila sudah mula bernafas lega, tiba2 bila ada masalah dalaman telah melepaskan syarikat kepada orang lain. Kemudian baru tersedar bahawa syarikatnya itu sebenarnya boleh menjana pendapatan yang boleh menyelesaikan masalahnya! Tak taulah apa kesudahan cerita ni nanti….

No comments: