July 9, 2012

Janji Yang Tidak diTepati

Membuat janji kemudian lupa. Memanglah menyakitkan hati. Kemudian membuat pula cerita2 lain untuk menutupi kesilapan sendiri. Paling2 tidak akhirnya memberi alasan dirinya hanya “manusia biasa…”. Ramai orang yang mempunyai tabiat sebegini dan patutkah setiap kali perkara ini dibiarkan berlalu begitu sahaja?  Memang lupalah kalau janji tu dibuat bukan dengan seikhlas hati, cuba kalau janji dengan awek, sebulan ke hadapan pun dah memorized dlm kepala. Sungguhlah melayu mudah lupa. Apabila mereka merasakan sudah mendapat cahaya kesenangan, lupa segala kesakitan dilalui masa lampau. Dunia ini ibarat roda. Jika hari ini kita menyakiti, esok lusa kesakitan itu akan bertukar arah jua.

Ada pula seorang manusia yang dalam berada di dalam keraguan, walaupun sudah terang tetap lagi mahu bersuluh. Kelihatan macam berfalsafah, tetapi kebenaran akan mengatasi segalanya. Tidak pasrah tapi berserah kepada yang Hak.

Berbalik kepada kisah jumpa bendang padi dah kuning, encik sahabat ini telah kembali datang berjumpaku Jumaat lepas dan menyatakan bahawa segalanya kini telah selesai dengan izin Allah. Bersyukur sangat dia. Alhamdulillah. Menurutnya dia merasakan Tuhan telah memberi amaran dan peringatan kepadanya di atas ke alpaan yg pernah dilakukannya dahulu. Kejadian yang berlaku amat pantas dengan plot yang begitu teratur dan dia seperti seorang pelakon di dalam kisah pendek kemuncak gentingnya  hidup ketika itu. Aku mendengar sahaja apabila dia tanpa malu bercerita akan keadaan dirinya yang terumbang ambing dan tenatnya keadaan rumahtangganya ketika ujian melanda. Memang menjadi pengajaran kepadaku dan timbul rasa insaf bilamana dalam sesuatu keadaan Allah yg maha penyayang tidak sekali2 menghancurkan masa depan seseorang hamba yg ingin diberi petunjuk. Cukup memberi dugaan dengan caraNya.

Subhanallah, Maha Suci Allah hanya kepadaMu aku bermohon dan berserah diri.

No comments: