October 9, 2009

*Bomoh Pencuri Bab 2

Selepas aku soh adikku CT g bawak mak wat report polis, aku pun rasa lega lah kejap. Kejap jer! Esoknya CT msg dan kata duet makcik ilang lagi...so aku tanya plk, nak hilang emendanya, kan dah licin semuanya? adikku pon story..ptg smlm ada 2 org saudara rapat datang berhari raya, dan sebelum pulang berilah makcik duet raya sorang RM20. makcik pun spt biasa simpan lah kat mana tmpt dia biasa simpan... esok pagi setelah solat subuh dia ingat nak amek duit n nak alih tempat simpan, tup2 tengok dah yelekkk! cemana tu...? aku kol CT dan soh dia pasang kunci selak kat dapo umah mak, sbb skng ni umah mak tu pakai kunci pintu dan kunci grill besar yg main cucuk jer tu...kunci pintu & kunci grill nampak sama jer. senang sngt org nak cucuk masok.

lepas tu, aku tepon mak dan tanya betol ker duet makcik ilang lagi, dan mak kata betol..tapi duet mak tak ilang. Aku kata kat mak aku dah soh CT pasang kunci selak kat pintu dapo umah mak. pas ni kena tunggu dan lihat kalu duet kena curi lagi. mak kata malam tu dia cam ada dengar bunyi2 krusi bergerak kat dapo, dia pon kata, tok bomoh tu kata momok hitam tu memang jaga kawasan dapo tu.. what the XXXX ? tak pasal2 mengarut2 nak menakutkan mak aku! aku geram betol ngan adik aku yg lelaki tu yg bodoh2 pegi panggil bomoh tu ke umah mak aku! secara logiknyalah.. kalau ada org kata umah ko berhantu sbb dia nampak ada kelibat mengerikan duduk depan pintu, sudah tentu lah perasaan takut akan timbul! lebih2 lagi bila dah mlm dan sunyi sepi lak tu...

aku nasihat kat mak pelan2. aku kata, mak...kita tak blh pecaya pd khurafat2 ni sume, menda2 halus ni memang ada, tapi dia bukan dlm bentuk jasad... dia roh aja... so mana ada kederat dia nak tolak2 kusi n geledah tempat makcik cari duet? mak kata, ada momok toyol tak? aku kata lagi, mak ada penah dengar tak jiran2 kita heboh bercerita pasal duet mereka ilang? kebetulan ramai jiran2 mak aku pun ibu2 tunggal kematian suami jugak. mak kata tak ada! haaa... kalau toyol tentu dia mengamuk satu kampong, ramai jiran2 yg banyak duet duduk keliling umah mak, tapi kenapa dia amek duet makcik jer? nape kat dapo umah mak jer? kita bukan kaya...umah kayu jer!

ini mesti keje orang mak! sebab dia tau makcik tu tak upaya, perjalanan dia dari katil ke bilik air pun ambil masa 10 minit, tu belum kira masa dlm bilik air klu makcik mandi lagi! sempat sangat dia nak buat kerja2 jahat tu. bila mak pecaya apa yg bomoh tu kata, senang hatilah sesiapa yg membuat angkara tu... sebab bila2 barang2 mak ilang lagi, dengan senang hati boleh kata.."ishhkk! ishkkk!! momok itam mencuri lagi...apa dapat kita buat...benda tak nampak..!" senang betol boleh lepas!

puaslah aku memberi nasihat dan andaian2 pada mak. iyalah...memang senang aku berkata, tapi aku kat kl..mak kat kg jauh nu...tapi aku harap mak boleh terima logik2 yg aku cakap kat dia supaya dia tak pecaya telahan2 bomoh tu. buat masa ni, aku banyak bergantung kepada CT supaya menengok2 mak dan cepat2 pasang selak kat pintu dapo umah mak tu. aku tak harap sangat adik lelaki ku yg duduk dekat belakang umah mak tu...dia bukan lekat di rumah. so buat masa ni, belumlah ada kesudahan tentang apa yg akan berlaku lagi.. aku berdoa supaya mak & makcik aku selamat dan kuat imannya. tengoklah seminggu dua ni, lepas2 raya ni aku nak balik kampung jenguk2 mak lagi.

itulah bila difikir2kan... anak2 pompuanlah jugak yg lebih mengambil berat tentang mak.. aku ni tak taulah cemana bila tua2 nanti..

No comments: