October 19, 2009

*Kejadian di umah Mak

Hari Jumaat lepas aku telefon mak bertanya khabar. Suara mak kedengaran sedih dan dia kata ada banyak dia nak cerita pada aku kalau aku balik kampung. Atas nasihat pakar duet mak dah berjaya dihalang dari terus menjadi habuan si pencuri, mak simpan duet dlm balang bertutup yg ada di dalamnya paku, buah keras dan kacang ijau (!). Tapi skng ada benda2 lain yg mula mengamuk kat umah mak sejak dia "berubat". aku sungguh tak sedap hati dan minta balik awal dari pejabat sebab nak terus pulang ke kampung.

Aku tiba dalam pukul 630ptg dan terus ke rumah CT, ambik dia dan anak2 terus ke umah mak. Sampai2 tengok mak dah pakai telekong nak solat maghrib. Mak terus peluk CT dan menangis dan kata "anak mak yg buat mak mcm ni...!" CT terkejut dan menangis sama dan kata "kenapa Mak??" sebab dia tak tau cerita... Mak dah cite serba sikit ngan aku masa aku tepon siang tadi...

Lepas solat kami 3 beranak, sorang menantu dan 2 cucu mak duduk berkumpul dan dengar mak cite dari apa yg ditenung oleh "org pandai" yg datang ke rumah mak untuk cuba menghalau benda2 mistik yang sedang menggangu kehidupan mak & makcik. telekkan2 tu menjurus kepada salah seorang menantu mak yg juga pandai dalam hal2 mistik pembomohan ni...katanya ada barang ditinggalkan di umah mak untuk amek duet mak & makcik! entahlah aku rasa marah jugak, tapi tak tahu ditujukan kepada siapa sebenarnya, kepada org yg ditelek atau kepada gangguan2 di umah mak tu..Kami merancang esok pagi kami nak pergi ke rumah "orang pandai @ bomoh" tu, saja2 nak dengar dari mulutnya apa yg diceritakan kepada emak...

Mak cite apa yg dia dengar dan apa yg dia nampak. Mak memang nampak stress dan suram. Ialah, tak boleh tidor mlm... baru nak lelap mata dan macam2 bunyi kedengaran yg menimbulkan rasa ketakutan, tentulah kan... mak tinggal sorang2 kat umah atas tu...makcik lak tido kat dapo..bila tak cukup tido mlm, kepala jadi pening...macam gemeng je gitu... dalam kol 830 kami ajak mak kuar makan sambil amek angin segar kat tepi tanjung...sorang anak CT, Ana tak nak ikut, nak tinggl ngan Makcik sbb nak tengok TV cite katun.

Sedang menunggu pesanan, Ana tepon CT menangis2 soh kami balik sebab dia takut...CT pun angin ler sebab Ana tak mau ikut tadi. Tak lama lps tu Ana tepon aku pulak merayu2 soh balik cepat-cepat..mujurlah memang dah siap makan dan dah nak gerak pulang dah. Sampai balik Ana kata dia takut sebab tiba2 ikan betuk yg mak bela (ikan puyu) menerjah2 balang dan jadi tak keruan! Ikan tu memang akan buat riaksi cam tu klu ada sesuatu yg menganggunya. Mak kata beberapa mlm lepas, ikan tu sampai tercampak keluar dari balang!! Entahlah...? Malam tu dlm kol 10 aku dah belayar tidor, kepenatan. Mak pun sama..mlm tu dia boleh tido lena sebab dia tau ada orang ramai dikelilingnya. B dan budak2 yg lain tu aku rasa tido dlm kol 2am cam tu. Kami tak dengar apa2 pun sepanjang mlm..

Esok pagi Makcik tanya kami tak dengar apa2 ker sebab dia kata kat dapo macam2 bunyi ada..kami kata tak ada dengar apa2 pun. Lepas sarapan, kami kuar untuk ke rumah yg dituju, di Gersik. Sempatlah berendam kaki di kolam air panas sekejap. memanglah panas, rasa cam nak masak kaki2 kami!

Org yg kami jumpa tu, perempuan, muda orangnya.. awal 30an...hmmm..muda2 dah dapat ilmu perbomohan. kami pun mendengar apa2 yg diceritakannya... memang ada yg berkaitan dan ada yg memusykilkan. Aku tengok dia teringat lah kat bini abang aku tu..serupa jer cara diorg nie.. Dia ni adalah org kedua yg mak jumpa selepas the 1st one ari tu.. Yg pertama tu kata Mak ialah Ustaz,ngan anak2 muridnya. berapi2 dapo umah mak masa Ustaz dan anak2 muridnya azan dan bersolat dlm umah mak; tapi masih tak ada kesudahannya.. sebab tu mak dijumpakan plk ngan "org pandai @ bomoh" kedua ni.. lepas dah puas hati menyoal itu ini, kami pun berangkat pulang. Dah dekat kol 1 tnghari masa kami sampai di Parit Jawa...so kami pun singgah lunch kat medan selera asam pedas kat sana... tak ada apa special sangat pun..sedap lagi mak masak!

Malam tu kat umah mak, aku tido awal...tapi terbangun smula dlm kol 12.. tengok mak dah tido..B ngan laptop, bdk2 tu riuh main ntah apa2. aku pun layan tengok TV ntah cite apa2. bila dah kol 1 aku soh budak2 tu tido... B masih layan imternet, sambil kata dia sakit perot nak melabur... tetiba aku terdengar bunyi2 kat belakang dinding tempat aku baring tu..bunyi mengarit2 tak henti2... pelik aku, aku tekapkan telinga ke dinding kot2 ada dengar bunyi2 lain ker, tapi tak ada lak... and bunyi tu berterusan tak henti2... B tengok aku dan aku tanya dia dengar tak? dia anguk2.. lama2 aku pun wat tak kisah jer lah. bunyilah suka ati kau. B bangkit g toilet. Sejap pas tu aku nampak B dan dia buat isyarat tunjuk ke telinganya...pas tu dia duduk smula depan TV dan kata tak boleh melabur sebab ada bunyi2 yg menakutkan masa dia dlm toilet...aku pun dah terdiam tak kata apa.

tak lama lepas tu tiba2 umah mak macam dilanda angin ribut, bunyi seperti zink di ketuk2 macam nak tercabut! bunyi datang dari arah depan membawa ke dapur umah! lepas tu diikuti bunyi macam beberapa orang belari2 atas siling umah! Isshh!! aku kata, "Ujan!? nak ribut ni!" lepas tu suasana sepi tiba2...tak ada tanda2 angin atau ujan. Aku dan B terdiam... org2 lain semua dah tido tak sedar. lps few minutes, kejadian yg sama berulang lagi... aku kata kat B...in English! I don't think it is going to rain.. B pun paham maksud aku. Masa tu, aku terpikir dan barulah aku boleh merasa perasaan mak... memanglah takut kalau mak dengar benda2 mcm ni tengah2 malam... dan dia sorang2 diri pulak.. aku rasa teramat2 kesian kat dia. Aku ngan B pon pas tu bila rasa nak pegi toilet masok sama2.. memang aku tak sanggup kalau kena duduk sorang2 kat umah mak dlm keadaan begini. Kesiannya Mak..

Aku kena balik Ahad sebab Isnin ni dah keje.. aku tepon CT dan g tau kat dia apa yg kami alami mlm tadi dan minta tolong dia dan lakinya buat sesuatu untuk amankan umah mak. Sebelum kami balik CT kata dia akan bawak mak pegi mecari penawar di Bkt Tereh.. penat aku dengar.. bila lah nak berakhir kisah ni.. kalau betul lah menantu mak tu berniat jahat dan sungguhlah hitam hatinya, dialah bomoh pencuri tu.. tapi kenapa mak yg ditujunya? Aku sendiri tak pasti apa yg nak kupercaya atau tidak. Cuma aku doakan semoga Allah lindungi ibuku dari niat buruk dan hasad mereka2 yang dengki dan dari gangguan syaitan yg dilaknati. Amin

No comments: