October 15, 2009

*Invoice

Hmmm....aku pun tak tahu cemana aku boleh terjebak dalam kemelut nak dapatkan payment dari owner nih...! tapi nampaknya aku pulak tetiba jadi orang tengah untuk menyelesaikan tuntutan tu. puncanya dari attend meeting ngan owner; spt biasa last sekali bila tiba part "any other matter", plant manager tlh mengutarakan soalan tentang bila boleh settle the out standing payment yg berjuta tu.. kat sinilah tetiba2 suasana jadi hangat! dan aku tersepit antara org2 yg tengah baran tu... so untuk menenangkan suasana aku pon kata, aku akan cuba dapatkan apa2 dokumen yg korang nak tu! ialah nak claim juta2, kenalah kita mengikut jer apa jua kehendak orang yang nak membayar tu...(kehendaknya ialah dokumen2 sahaja yah!)

lepas meeting tu, aku pun berjumpa Finance Mgr aku dan kata kita kena bagi sume salinan2 bebenda yg depa nak tu! OK... FM pun soh staff dia buat. settle, tak susah pon. Esoknya aku pegi hantar dokumen2 tu kat owner nie! siap bawak invoice ngan date baru lgi, kot2 tetiba dia mintak resubmit! nasib baik, mmg betol dia mintak! so aku dah standby ada... bagi jer yg baru amek yg lama! ok, apa lagi yg ko nak?

Lepas seminggu, owner ni call lagi dan nak soh amend something kat invoice tu, aku pegi...sign & cop. harap2 pas ni tak lah call aku nak apa2 lagi. harapan tu...! aku pun dah macam lega sekejap. hmmm...ada lagi rupenya! ada pulak dokumen lain yg dia mahu...tak per, aku cuba carikan jugak! ini final katanya, ialah kami nak bayar bukan sikit ni, kenalah cukup lengkap semuanya. memang lah begitu. tapi yg aku tak paham, kenapa kena mintak sikit2! hari tu lain kehendaknya, minggu lepas ada menda lain lagi. hari ni, nak kan dokumen tambahan lagi... sume2 tu, aku yg kena masuk mengadap! macam tak kena ler... aku procurement, patutnya berurusan pasal quotation & PO jer lah... bukannya ngan invoice to owner! sabar jer lah..!! demi menjamin kerjayaku, kuturutkan jua...

semasa entry ini kutulis, aku sedang menunggu Plant Manager memberi satu lagi dokumen yg diperlukan oleh pihak owner... sabar, sabar.. tak per, kerap lah aku exercise ; wat brisk walk dari opis ke tower pegi balik. think positive lah... dapat duet tu nanti, bukan company orang lain... company tempat aku keje gak.....!! heheh!!

No comments: