April 12, 2010

*Pameran Keranda


Adikku Cikebal dan kuarga datang makan malam di rumah kami hujung minggu sudah. Anak2 lelakinya nak tinggal dan bermalam di rumah kami. Jadi ada 4 orang budak lelaki yg hampir sebaya including our sons membuat rumah menjadi riuh dan happening sepanjang malam tu.

Hari minggu esoknya tu, kami membuat rancangan hendak pergi melawat muzium yg sedang mengadakan pameran keranda.Cuaca panas terik semasa kami pergi ke muzium, dan memang bestlah berada kat dalam muzium yg sejuk dan nyaman tu. Tiket masuk adalah RM 2.00 seorang. Ramailah jugak orang yang beratur nak tengok keranda2 dalam muzium tu… termasuklah kamik! Hehe!!

macam2 jenis keranda dan cara pengkebumian ada ditunjukkan. Ada yang dikebumi di bawah timbunan batu-batan & simen-simen, ada ditimbun sekali pinggan mangkuk kat atas kubur, and yang dilekatkan di dinding2 gunung, and ada juga mayat dikebumi di dalam sarang di atas pokok! Pendek kata macam2 caralah acara pengkebumian yag dapat dilihat di pameran tu. And finally there it was, the RM2mil golden casket. kalau umah rega 2 juta memanglah superb, mesti macam2 ada…. Tapi keranda 2juta… ukurannya same jer macam keranda2 lain, Cuma ianya adalah diperbuat dari emas sepenuhnya! Pastinya lepas keranda itu diisi tuannya nanti, keluarga harus mengaji seorang jaga dengan senapang patah seperti pak Guard yg menjaga bank untuk menghalang rompakan dari berlaku. Ishhhh!! Kalau dah kaya, mati pun kena pasang bodyguard.

Selesai urusan kami di muzium sekitar pukul 5ptg, kami menghala pula ke Bangsar Utama mencari makanan. Lama tak makan Nan & Tandori kat opis lama aku tu… 6 orang makan dan minum kat kedai mamak tu reganya RM64.00 ; mahallah tu…! Apa2pun tak kisahlah asal sume orang happy & kenyang! Selesai makan, cuaca mula mendung dan kami berlari ke kereta ketika hujan lebat mula turun! Malam tu selepas maghrib, kami beramai2 menaiki kereta hala ke kota damansara kerana budak2 tu perlu kami pulangkan kepada tuannya semula…

1 comment:

Anna said...

Aku mmg terfikir nak pg tgk pameran tuh...tp, memandangkan takut akan benda2 yg tak elok ikut anak2 aku balik..aku lupakan jer hasrat aku tuh..karang tak pasal2 bdak2 sakit dek kerana keranda tu pulak...........

Anna