sungguh lah karut, tapi sungguh cerita ni masuk paper KOSMO Ahad! kat JayB lak tu... sedih aku... beberapa manusia telah membelasah kucing yg ditangkap kerana mempercayai kucing tersebut adalah jelmaan seorang penjenayah. senang cite, golongan manusia tu percaya ada penjenayah tu boleh bertukar menjadi seekor kucing! hmmm..agaknya diaorg tu suka sangat tengok Doremon kut.
Siannya kucing tu... tak pasal2 kena belasah tanpa sebab. apa nak jadilah dengan mereka2 ni sume ek? terlalu banyak sangat cite tahyul yg disogokkan di media masa sekarang ini sehingga rakyat mesia dah mula mendapat part dalam espose mistik masing! cite2 mistik kat TV skng ni macam tak terbendung lagi dah!
masa arwah Mohd Rahmat jadi menteri bertanggungjawab dulu, dia banned sume cite karut marut tu, tak adalah cite2 mistik tu bermaharajalela di TV atau pawagam. yg ada hanya dari word of mouth saja sekali sekala. Tapi apabila kini menteri baru beri sahaja kelonggaran, bukan saja longgar, jerlus terus! hah! apa jenama hantu dan jampi serapah yg tak masuk TV atau panggung? Semua tok bomoh famous dengan ungkapan "aku tahu asal usulmu!".
nak berhibur untuk menakutkan diri sekali sekala oklah, tapi kalau dah saban tahun trend hantu turun padang utk berlakon tak surut2, apa pekdahnya kepada kita semua? sungguh, ada pekdah ker? kalau kunun nak memberi pengajaran kepada umum, kena dengan cite hantu ker?
No comments:
Post a Comment