May 14, 2011

teman balik kampung...

hujung minggu lepas aku pulang ke kampung menengok2 mak. sebab hubby ada kerja that week end, aku pun memujuk anakku2 untuk menemani aku di perjalanan. untuk memeriahkan suasana anakku2 suruh ajak capik, anak cikebal ikut sekali. nasib hubby ada masa and boleh g amek capik on his way back from work last friday.

sampai je umah, anakku2 dan cousin capik dah terus ada aktiviti malam. aku dah kasi warning supaya jangan lak payah aku nak kejut pagi esok harinya sebab nak balik ke kampung.

selepas subuh Saturday tu, aku besiap2 pack pakaian sket mana nak bawak. mujur budak2 dua org tu mudah pulak nak dikejut walau pun baru jer tido beberapa jam sebelum subuh. aku singgah kat gerai dekat umah soh mereka beli beberapa bungkus nasi lemak utk dimakan kat umah mak nanti. nasi lemak bungkus daun pisang @ 50sen sebungkus... susah dah nak cari kat KL ni, tapi kat BTHO ada! masuk dalam kereta, dua2 org budak tu bantai tido sepanjang perjalanan dari KL ke Muar. sungguh sangatlah mereka menemankan aku supaya "ada" bersama ; tak kisahlah asalkan aku tidak "keseorangan" waktu memandu tu!

sampai di muo, aku singgah tapau lontong & satay dulu dekat bandar, pas tu terus balik umah mak untuk bersarapan bersama2! hmmm.. best tol! and lepas makan budak2 dua org tu terus cari bantal..... dan bangun pada pukul 5.30 petang lepas aku bising2 kejut! haaa!! bukan main lagi depa ni kuat tak kuat tido siang sebab malam jadi burung hantu.

lepas aku sampai CT pulak dtg ngan anak2nya! dia bawak tukang urut nak berurut di rumah mak. lepas dia settle, dapatlah aku tumpang sekaki urut satu badan!

tengahari tu bekas teman sekolah ku, kak mila dan kak rosli datang borak2 kat umah. lama tak jumpa, banyak la cite2 dan kisah lama yg kami kenang dan gelakkan bersama. kak mila dah ada plan nak g karaoke ngan kawan2 dia malam tu, tak boleh lah aku nak ajak dia merambu ramba kat marina tepi tanjung pulak! so next time lah kita wat planning, katanya! (hehe!! kalau lakiku tak ikut sama balik kampung nanti, bolehlah!!)

pagi2 Ahad, lepas bersarapan aku dan rombongan pun bertolak pulang ke kota. mak bekalkan buah kuini .... puhhh! baunya semerbak!! tak per, sebab rasanya mmg sangat sedap! dan seperti biasa, dua orang budak yg tulun teman aku tu, lena pula hingga sampai ke rumah di KL!

No comments: