May 27, 2011

orang tipu orang

membaca surat khabar pagi2 ni dah ada cite2 negatif tentang kes2 penipuan yang tidak pernah surut di malaysia ni. kes penipuan akaun bank membuat mangsa terkedu apabila wang gaji sebulannya tiba2 lesap membuatkannya terpinga2 berkira2 macamana hendak menjalani kehidupan sehingga ke hujung bulan seterusnya. bagi mereka yg mempunyai simpanan atau keluarga yang bisa membantu, tidaklah menjadai masalah sangat. tapi bagi yang gaji sebulan cukup2 untuk hidup hingga ke bulan satu lagi macamanalah pulak?

kes penipuan pencari cinta juga mengakibatkan kehilangan beribu2, malah ratusan ribu ringgit. simpanan hari tua susut kalau tak lesap dek terbuai oleh ayat2 cinta palsu. duet dah banyak hangus, cinta pulak tak kesampaian.

kes penipuan skim cepat kaya membuat orang menanggung hutang dan mengakibatkan mangsa cepat jatuh miskin. yang semakin kaya ialah si pencipta skim tersebut. parah betul lah orang2 kita ni!

ada lagi pelik, kes gores dan menang! ini adalah seperti permainan masa zaman kanak2! kini ianya menjadi permainan golongan dewasa pula dengan "damage" yang menjangkau riban2 jugaklah. cemana tu?

mengapa banyak kes penipuan sekarang ini? kerana terdapat ramainya orang yang mudah ditipu! aduan demi aduan dibuat tentang kes yang serupa oleh orang yang berlainan! yang pening kepala ialah pihak berkuasa.

kalau kita bersikap terlalu berkira2 dan sering meragui setiap perkara, kita dianggap "paranoid". kalau kita bersikap "take it easy" mudah pula jadi mangsa. baiklah kita berada "in between" dua sikap tu... apa2 pun, malang memang tidak berbau, betapa berhati2 pun kita, kalau nak terkena tu, terkena la jugak.  Semoga Allah melindungi kita sentiasa.

2 comments:

dyea irdina said...

tp yg ditipu tu biasanya silap diri sendiri..cepat rambang mata..rambang cinta...so kita mmg kena berhati2 sentiasa jgn terpedaya dgn mulut manis manusia lain

Unknown said...

dyea: betul sangat2 tu!