December 7, 2011

HSE day!

Semalam adalah Hari HSE (Health, Safety & Environment) kat KLCC Plant. Ada pelbagai kegiatan yang berkaitan telah diaturkan oleh ajk2 semua. Aku dengan penuh semangat telah dengan mendaftar untuk menyertai kegiatan2 yg diadakan sepanjang hari itu. Pagi itu dimulakan dengan senamrobik di hadapan plant. Tempatnya bukanlah selesa sangat, kira bolehlah…! 90% peserta adalah kaum adam, padanlah pun kan mereka ni yg mendominasi plant.  Aku antara 2,3 kerat mewakili kaum hawa, tidak termasuk 3 orang instuktur arobik yg fit itew. Semangat memang kuat, tetapi badan jer dah tak berapa kuat! Senamrobik plus Poco2 yg haru biru dan excessive gelak memang memenatkan. Kesannya ketara di sebelah petang apabila bateri dah mula nak habis.

Selesai upacara perasmian hari HSE dilakukan oleh CEO kami, aku mengambil peluang membuat pemeriksaan tekanan darah, denyut nadi, kandungan kolesterol dan gula dalam tubuh. Keputusannya tidak begitu mengembirakanku, malah membuatku sedikit tertekan setelah mendapat tahu tekanan darahku yang tinggi dan denyut nadi yang melepasi kadar normal. Misi tu suruh aku buat blood test dan thorough check up kat sepital. Tension pulak jadinya. Hasrat murni ku hendak menderma darah buat kali pertama juga tidak kesampaian kerana kandungan hemoglobin dalam darahku yang rendah. So, dah confirm lah mmg tak bleh menderma darah.
Selepas selesai sesi menyusahkan hatiku itu, aku dan team bersedia hendak berlepas ke KLCC tower untuk HSE hunt pulak. Kami 3 orang, dengan team yang dinamakan Tun Fatimah! Yeah! Semangat jugak tuh! Soalannya macam bukan2 pulak, tapi memang macam tulah caranya ; takkan nak suruh kira berapa tiang lampu dari plant ke Isetan pulakkan… itu dah macam soalan budak2 masa di seklolah rendah! Kiranya soalan kiasan yang diberi boleh dikaitkan dengan tinggi rendahnya tahap pemikiran tukang buat soalan tu. Hehehe!! Dia tu memang pakar belit soalan.  tabik!
Team kami yg pulang terawal dari tugasan memburu. Pulang awal tak semestinya semua jawapan terisi. Yang pastinya kami dah lotih. Wahhh! Sume orang impressed kumpulan kami yg pertama sampai. Hehe!! Kira menang sorak jer lah! Result dari kudrat kami ke laut jugak! Jawapan yang kami beri merapu jer lebih. Heheh!!  Team kami mendapat tempat ke 6 dari 13 pasukan yang mengambil bahagian! Not bad lah for me as 1st timer! KLIA Plant juara bertahan!

Balik ke rumah lepas maghrib aku dah melabuhkan tirai malamku. Mujur lah esoknya aku ada meeting di KLIA pukul 10, tak perlulah aku bangkit pukul seawall 5.45 dan keluar rumah 6.30 pagi.

No comments: