December 2, 2011

Reflection - Dinner with Owner

the owner of the utility plant in UTP invited representative from our company to attend their appreciation dinner at Intercontinental KL. we are the operator who maintain and run their utility plant, so yang sepatutnya pergi adalah mr plant manager dari Tronoh tetapi disebabkan oleh sesuatu urusan yang tidak dapat dielakkan, saya telah dilihat sebagai calon yang sesuai untuk diletak di dalam kekosongan itu.

bukanlah seronok sangat nak pergi tetapi disebabkan ianya official, terpaksalah saya turuti. nasib baiklah saya dibenarkan membawa escort @ en hubby menghadiri majlis tersebut.

hujan di petang hari menyebabkan jalanraya di kuala lumpur menjadi sesak teruk. kenderaan saya mula tersangkut di dalam kesesakan sebaik sahaja kami menghampiri penghujung terowong smart tunnel ke arah memasuki tunnel di jalan tun razak menghala ke Intercontinental. Ketika itu jam menunjukkan pukul 645 ptg. majlis bermula pukul 745 mlm.

Rasa2nya jarak perjalanan untuk sampai ke destinasi ketika itu hanyalah dalam anggaran  500 meter sahaja. jarak yang biasanya mengambil masa lebihkurang 10 minit berkereta, telah bertukar ngeri menjadi satu jam lamanya! bayangkan teruk tak teruknya keadaan masa tu. kami sampai di depan pintu hotel tepat pukul 745 mlm, kakiku dah lenguh, aku tak kira dah terus mintak valet parking service. seperti yang kami jangkakan, sampai ke ball room memang tidak ramai lagi jemputan yang hadir; kebanyakannya masih sangkut dalam kesesakan di jalanraya! Tiada satu pun muka2 yang kukenal kelihatan di sana. expected pun! haha!!

Selesai mendaftar, en hubby pergi ke surau. aku yang keseorangan, mula mencari orang2 yang boleh dijadikan teman berbual. dapatlah bertegur sapa dengan group yg mewakili proton.

sedang kami melihat2 logo2 dan senarai vendor yang terlibat, seorang wakil media UTP dengan video cam di bahu telah memberi mikrophone kepadaku dan memintaku untuk membuat pengenalan diri mewakili syarikat dan memberi sepatah dua kata sebagai archive majlis mereka itu! alamak!

ini adalah kejadian seumpama yang pertama pernah terjadi kepadaku apabila menghadiri majlis makan malam. merepeklah aku sekejap depan camera mereka.




Kami duduk semeja dengan UTP Deputy Vice Chancellor Prof Ir Dr Ahmad Fadzil; which i find as such a nice yet respectful type of person;  we had a simple and non-intellectual conversation at the dining table, tak kerek langsung dia!  the food served is good, and performance by the UTP student is entertaining. cuma tempat agak sempit, so pergerakan performers agak terbatas la sket. Apa2pun sungguh Comel2 dan berbakat student2 UTP ni semua.

No comments: