December 29, 2011

Tentang Dhia

Malam ni adalah malam penamat cerita Tentang Dhia di TV3. Siri terakhir ini sedih sangat hingga berjaya meraih air mataku. Dan yang paling romantis sekali ialah apabila Zikir dan Dhia kekal bersama hingga ke akhir hayat mereka.
Tetapi yang paling tak puas hati sekali ialah apabila tiada dikisahkan tentang balasan setimpal yang patut diterima oleh perempuan2 jahat dalam cerita ini. Mungkin pengarah hendak kita berfikir sendiri, tapi tak syiok lah.. hendak jugak tengok dengan mata kepala sendiri. Atau mungkin jugak perempuan2 jahat yang berhati busuk tu telah mendapat hidayah dan kesedaran sebagaimana Melly! Aminnnnn. Hmmmmm.

Aku tersangkut dengan Tentang Dhia ini bukanlah dari permulaan siri ini dimainkan di TV. aku cuma terperangkap semasa secara tidak sengaja tertengok drama ini semasa babak Zikir membawa ibunya ke rumah Dhia untuk merisik, dan ketika itu juga bertembung dengan rombongan meminang Dhia dari keluarga Azmi, bekas suami si Melly. Azmi adalah bekas tunang Dhia sebelum dia dipaksa berkahwin dengan Melly! Lepas menceraikan Melly dia terus nak pinang Dhia semula! hahaha! dan sejak itulah aku jadi pengikut cerita ini hingga ke akhirnya.

No comments: