December 17, 2011

Ombak Rindu

Banyak benar feedback yang di baca di media berkenaan cerita Ombak Rindu yang sedang berada di tayangan merata mesia kini. Pada awal2 promosi, tatkala membaca mengenai sinopsis cerita, tidaklah aku ada keinginan untuk pergi menonton, lebih2 lagi apabila membaca pesanan supaya membawa tisu bersama apabila ke pawagam. Dan banyak pulak disiarkan di media tentang betapa hero handsome Aron Aziz betul2 menangis di dalam filem itu.  Hmmmm…mengapa ingin mengeluarkan wang untuk bersedih hati dan menangis? Pada aku, sekiranya pergi menonton wayang pastilah untuk menceria dan melapangkan hati. Namun begitu, seingat aku ada jugak cerita yang membuatku mengalirkan air mata, iaitu apabila pertama kali menonton cerita Sepet di panggung lama dahulu. tersedih pulak!

Petang Khamis lepas aku menelefon mak di kampong bertanya khabar berita. Mak bercerita pulak tentang dia dan CT ke Melaka bawak 3 dara pingitan untuk main air di water world, dan selepas tu mereka semua pergi menonton cerita ombak rindu di sana! Cewahh! Tak per lah, asalkan mak bahagia, aku suka.

Jumaat petang sedang aku dan hubby duduk2 di ruang tamu menanti azan maghrib, aku tanya hubby kalau dia nak pergi tengok cite OR mlm tu. Dia ok jer! So lepas maghrib kami ke Jusco dan cari tiket utk tayangan malam tu; yang available ialah tayangan pukul 12.15 pagi, orait la tu!  Lepas beli tiket kami pegi makan dan selesai makan malam kami pulang ke rumah menonton Maharaja Lawak Mega di TV. Sempat pulak aku tertido2 depan tv tu, tapi hubby dah set alarm kalau2 dia pun tertido jugak! Lebih kurang 1150 mlm kami kuar semula ke Jusco. Kol 12 tngh mlm kami dah dok depan pintu TGV dlm Jusco tu. Pop Corn yang dibeli dah nak habis dimakan sewaktu menonton iklan2 wayang kat luar tu jer! Hahaha!

Not bad lah cite tu, boleh layan walau pun ada persoalan2 yang tak berjawab. Tapi, cite tu tidaklah sampai membuatkan aku mengalirkan airmata seperti yang digembur2kan! Bagiku, tidak ada babak dalam jalan cerita itu yang mengundang kesedihan melampau. Aron Aziz memang menangis dan Maya Karin sweet bertudung. Aku katakan pada hubby, kuat betul semangat isteri Aron Aziz melihat lakonan suaminya bersama Maya yg hot itu. Kalau aku lah, hehehehehe..!!

Pulang ke rumah dekat pukul 2.30 pagi. lepas mandi2 bagai dah hampir kol 3 jugaklah masa letak kepala ke bantal. Sebelom tido set jam handphone supaya tak terbabas subuh.  Aku bagi 3+ bintang. Lepas tu aku tido.

No comments: