Hari Raya Aidiladha tahun ni aku
balik kampong pada pagi raya! Tak pernah lagi aku balik pagi2 raya, ini kali
pertama! Aku tak mahu balik pada malam raya kerana pastinya kebanyakan orang
akan berbuat begitu dan itu akan menyebabkan aku terperangkap dalam kesesakan
di hiway! Lagipun petang rabu tu aku berpuasa, dan hendak berbuka puasa di
rumah. Dan yang paling best sekali nak sampai rumah mak pagi raya tu dan terus
boleh makan! Selalunya saban tahun aku yang akan masak utk hidangan raya, kali
ini aku berpesan kepada adikku supaya dia siap2 masak utk kami makan bila
sampai nanti! Hahaha!! baru dia rasa! Kami sampai rumah terus ke meja makan utk
sarapan pagi raya beramai2! Dia masak soto ayam utk hari raya haji kali ini.
Acara kami sepanjang hari raya adalah
makan-makan je! Petang raya aku keluar ke Bandar dengan adik untuk membeli kopi
434 yg femes tu sebab ada pesanan dari sahabat di KL, dan terus singgah minum2
di situ. Sepanjang kami duduk di situ aku tengok tak putus2 orang datang
membeli kopi. Memang kaya cina tu jasa orang melayu yg tapau berbungkus2 kopi
434 tu utk dibawa pulang. Aku jangkakan mereka semua seperti aku yg membeli utk
kegunaan sendiri dan membeli untuk teman2 yg memesan.
Jumaat pagi aku keluar jogging dgn
anak saudaraku di tepi tanjung muar. Cuaca nyaman dan redup, memang seronok
berlari2 anak di tepi tanjung pagi2 cam tu.
Pada hari Sabtu, sahabat lama yang
sama2 bersekolah di sekolah menengah SAB pula membuat majlis perkahwinan
anaknya dan ramai2 kawan2 sekolah dijemput hadir. Aku meminta adikku menemani
aku ke majlis yg diadakan di hotel classic muar sebab aku malas nak drive and cari
parking! Seronok lah dapat berjumpa teman2 sekolah di majlis tu. Kecohnya macam
reunion pulak. Selalunya majlis perkahwinan seperti itu rakan2 pengantin yang
bersukaria dan terlebih bergembira tapi kali ini kawan2 mak pengantin pula yang
terlebih2 over! Hahahaha!! Lantak lah labu….!
borak2 |
suka sangat lah tu jumpa yg lama tak jumpa! |
Entah apa yg kelakar sngt, smpai tak ingat! |
kecoh2 kat majlis orang ! hehehe!! |
Petangnya aku hendak pulang ke kota
semula, hendak berehat sehari di rumah sebelum menyambung kerja seperti biasa pada
hari Isnin. Kami bergerak keluar sekitar pukul empat petang. Banyak kereta di
atas jalan. Semakin menghampiri kota, jerebu semakin tebal dan menyesakkan
nafas! Bila keadaan kenderaan semakin banyak, kami memasuki lebuhraya lekas
untuk mengelak kesesakan yang lebih teruk dan kami selamat sampai ke rumah
pukul 645 ptg. Jerebu memang teruk sangat di KL!
No comments:
Post a Comment