September 30, 2015

pembelian tak dirancang

Hari ini aku nak ke atm public bank untuk transfer some money to my maybank untuk bayar hutang2 yang telah di"favourite"kan. kawan2 office tanya mengapa aku tak guna PB sahaja supaya tak perlu transfer dari PB to MB. aku sebenarnya sudah selesa dengan Mayban2u dan semua bayaran hutang piutangku dibuat melalui MB2u. tak ada masalah pun. lagi pun senang ingat satu password jer.

Tengahari dalam pukul 1130 aku keluar ke KLCC, untuk ke ATM PB yang paling dekat dengan office, iaitu 15 minit berjalan kaki, 10 minit kalau berlari2 anak. Sampai kat sana ada abam security 2 orang sedang melakukan sesuatu kat teller tu. seorang pegang senapang seorang sedang membuka mesin tu. hmmm.... jelaslah penambahan wang ke ATM machine sedang berlangsung. 

kerana aku tidak mahu menunggu di situ dalam keadaan yang berisiko tinggi itu, aku mengambil risiko sendiri utk meninjau2 ke UNIQ  LO berhampiran. Pusing2, lihat2 and cuba2 pakaian kat situ dan end up aku ke cashier juga akhirnya. itulah namanya pembelian tidak dirancang. aku tidak lah menyalahkan diriku, yang bersalah ialah PB yang menghantar abam security pada masa dan ketika aku hendak berurusan di ATM teller itu.

No comments: