Hari ini aku nak ke atm public bank untuk transfer some money to my maybank untuk bayar hutang2 yang telah di"favourite"kan. kawan2 office tanya mengapa aku tak guna PB sahaja supaya tak perlu transfer dari PB to MB. aku sebenarnya sudah selesa dengan Mayban2u dan semua bayaran hutang piutangku dibuat melalui MB2u. tak ada masalah pun. lagi pun senang ingat satu password jer.
Tengahari dalam pukul 1130 aku keluar ke KLCC, untuk ke ATM PB yang paling dekat dengan office, iaitu 15 minit berjalan kaki, 10 minit kalau berlari2 anak. Sampai kat sana ada abam security 2 orang sedang melakukan sesuatu kat teller tu. seorang pegang senapang seorang sedang membuka mesin tu. hmmm.... jelaslah penambahan wang ke ATM machine sedang berlangsung.
kerana aku tidak mahu menunggu di situ dalam keadaan yang berisiko tinggi itu, aku mengambil risiko sendiri utk meninjau2 ke UNIQ LO berhampiran. Pusing2, lihat2 and cuba2 pakaian kat situ dan end up aku ke cashier juga akhirnya. itulah namanya pembelian tidak dirancang. aku tidak lah menyalahkan diriku, yang bersalah ialah PB yang menghantar abam security pada masa dan ketika aku hendak berurusan di ATM teller itu.
September 30, 2015
September 29, 2015
sakit tekak kena ke farmasi
teringat pulak masa aku berfoya-foya karok dengan adik and one sedara kat karoake masa di Muar tempoh hari. adik aku ni tak nak lah bawak anak2 dia, terutama yg kecik sekali tu. kalau si kecik tu ada mmg tak lepas microphone dari tangan dia lah! hehe!! And nak buat rancangan pun taklah senang sangat sebab budak tu sentiasa melekat je kat mak dia!
Tengahari tu adikku ni telefon ku dari rumahnya.
"Ngah, kita nak ke Farmasi kan petang ni? pukul berapa? sya nak kena book ni!"
"Ehh... ye lah, sya nak g watson, tapi nape lak nak kena booking?" aku keliru
"Kan RAYAAAA ni... mmg nak kena booking!"
Semakin aku pelik! terdiam aku.
"Cepatlah cakap pukul bape, kalau tak booking karang penuh!"
Ligat kepala otakku mencerna apa yg sebenarnya yg hendak diberitau kepadaku. Kemudian baru aku teringat akan plan kami nak ke karoake! ha!ha!haha!!!
"Ohhoohoo!!! ok...pukul 3.30 kot!"
"Lembab awak ni! sya book kol 3 la eh!"
"Hahaha!!" aku gelak jer. mesti anak dia ada sebelah!
"awak standby, pukul 3 sya smpai kita terus pegi"
Okeh! cantik pulak sebab pukul tiga tu jugak rombongan Mak Pah nak bergerak ke Giant, berangkut semua budak2! aku tak ikut dan beri alasan nak teman Siti tindik telinga dia sebab sebelah dah tambus! Boleh pulak menipu isi rumah yg lain2nya sebab tak nak tahu yg kami nak berfoya2 di karok!!
adikku sampai on time dan terus membawaku ke lokasi. Sampai2 dia terus parking depan Farmasi! hahah!! aku betul2 tergelak sebab karok Mr Mic tu selang dua tiga kedai je dari situ! hebat betul secret code mereka ni! sampai sana geng karok sorang lagi dah standby! rupanya mereka ni kalau tekak rasa gatal nak berkarok, mereka akan sound dlm watap group "tekak sakit lah, petang ni nak ke farmasi cari ubat sakit tekak!" hahaha!!!
Not badlah cost hanya RM12 utk 3 jam, termasuk minuman dan jajan! bilik pun selesa, pilih bilik hello kitty! hanya utk ladies and no smoking! karoklah sampai lebam! haha!
Tengahari tu adikku ni telefon ku dari rumahnya.
"Ngah, kita nak ke Farmasi kan petang ni? pukul berapa? sya nak kena book ni!"
"Ehh... ye lah, sya nak g watson, tapi nape lak nak kena booking?" aku keliru
"Kan RAYAAAA ni... mmg nak kena booking!"
Semakin aku pelik! terdiam aku.
"Cepatlah cakap pukul bape, kalau tak booking karang penuh!"
Ligat kepala otakku mencerna apa yg sebenarnya yg hendak diberitau kepadaku. Kemudian baru aku teringat akan plan kami nak ke karoake! ha!ha!haha!!!
"Ohhoohoo!!! ok...pukul 3.30 kot!"
"Lembab awak ni! sya book kol 3 la eh!"
"Hahaha!!" aku gelak jer. mesti anak dia ada sebelah!
"awak standby, pukul 3 sya smpai kita terus pegi"
Okeh! cantik pulak sebab pukul tiga tu jugak rombongan Mak Pah nak bergerak ke Giant, berangkut semua budak2! aku tak ikut dan beri alasan nak teman Siti tindik telinga dia sebab sebelah dah tambus! Boleh pulak menipu isi rumah yg lain2nya sebab tak nak tahu yg kami nak berfoya2 di karok!!
adikku sampai on time dan terus membawaku ke lokasi. Sampai2 dia terus parking depan Farmasi! hahah!! aku betul2 tergelak sebab karok Mr Mic tu selang dua tiga kedai je dari situ! hebat betul secret code mereka ni! sampai sana geng karok sorang lagi dah standby! rupanya mereka ni kalau tekak rasa gatal nak berkarok, mereka akan sound dlm watap group "tekak sakit lah, petang ni nak ke farmasi cari ubat sakit tekak!" hahaha!!!
Not badlah cost hanya RM12 utk 3 jam, termasuk minuman dan jajan! bilik pun selesa, pilih bilik hello kitty! hanya utk ladies and no smoking! karoklah sampai lebam! haha!
September 27, 2015
Hari Raya Aidil Adha
Hari Raya Aidiladha tahun ni aku
balik kampong pada pagi raya! Tak pernah lagi aku balik pagi2 raya, ini kali
pertama! Aku tak mahu balik pada malam raya kerana pastinya kebanyakan orang
akan berbuat begitu dan itu akan menyebabkan aku terperangkap dalam kesesakan
di hiway! Lagipun petang rabu tu aku berpuasa, dan hendak berbuka puasa di
rumah. Dan yang paling best sekali nak sampai rumah mak pagi raya tu dan terus
boleh makan! Selalunya saban tahun aku yang akan masak utk hidangan raya, kali
ini aku berpesan kepada adikku supaya dia siap2 masak utk kami makan bila
sampai nanti! Hahaha!! baru dia rasa! Kami sampai rumah terus ke meja makan utk
sarapan pagi raya beramai2! Dia masak soto ayam utk hari raya haji kali ini.
Acara kami sepanjang hari raya adalah
makan-makan je! Petang raya aku keluar ke Bandar dengan adik untuk membeli kopi
434 yg femes tu sebab ada pesanan dari sahabat di KL, dan terus singgah minum2
di situ. Sepanjang kami duduk di situ aku tengok tak putus2 orang datang
membeli kopi. Memang kaya cina tu jasa orang melayu yg tapau berbungkus2 kopi
434 tu utk dibawa pulang. Aku jangkakan mereka semua seperti aku yg membeli utk
kegunaan sendiri dan membeli untuk teman2 yg memesan.
Jumaat pagi aku keluar jogging dgn
anak saudaraku di tepi tanjung muar. Cuaca nyaman dan redup, memang seronok
berlari2 anak di tepi tanjung pagi2 cam tu.
Pada hari Sabtu, sahabat lama yang
sama2 bersekolah di sekolah menengah SAB pula membuat majlis perkahwinan
anaknya dan ramai2 kawan2 sekolah dijemput hadir. Aku meminta adikku menemani
aku ke majlis yg diadakan di hotel classic muar sebab aku malas nak drive and cari
parking! Seronok lah dapat berjumpa teman2 sekolah di majlis tu. Kecohnya macam
reunion pulak. Selalunya majlis perkahwinan seperti itu rakan2 pengantin yang
bersukaria dan terlebih bergembira tapi kali ini kawan2 mak pengantin pula yang
terlebih2 over! Hahahaha!! Lantak lah labu….!
borak2 |
suka sangat lah tu jumpa yg lama tak jumpa! |
Entah apa yg kelakar sngt, smpai tak ingat! |
kecoh2 kat majlis orang ! hehehe!! |
Petangnya aku hendak pulang ke kota
semula, hendak berehat sehari di rumah sebelum menyambung kerja seperti biasa pada
hari Isnin. Kami bergerak keluar sekitar pukul empat petang. Banyak kereta di
atas jalan. Semakin menghampiri kota, jerebu semakin tebal dan menyesakkan
nafas! Bila keadaan kenderaan semakin banyak, kami memasuki lebuhraya lekas
untuk mengelak kesesakan yang lebih teruk dan kami selamat sampai ke rumah
pukul 645 ptg. Jerebu memang teruk sangat di KL!
September 22, 2015
jerebu melanda lagi
Siaran Ulangan. Jerebu melanda Malaysia lagi. Punca jerebu di negara kita adalah akibat
dari asap dari kebakaran hutan di Indonesia. Setiap tahun kejadian ini akan
berlaku dan tiap2 tahun kebakaran hutan akan berlaku di Indonesia
dan negara kita antara negara2 di sekitar yg akan mengalami masalah jerebu ini. Menyampah
dah dengar alasan yg serupa dari Indonesia ni.
Menurut dari MYSains, jerebu ialah satu fenomena di mana
habuk, asap, dan zarah-zarah kering yang lain berkumpul di udara, menyebabkan
penglihatan yang kurang jelas dan jarak penglihatan yang berkurangan. Apa yang
berlaku ketika jerebu ialah secara umumnya mengakibatkan pemandangan yang
kurang jelas dan juga boleh menjadi satu ancaman kesihatan terutamanya
kesihatan sistem pernafasan.
Yang aku tahu jerebu membuat sesak nafas bila melihat
keadaan sekeliling yang samar2, tak boleh nak berjogging dan bila menjemur baju
lambat kering.
September 21, 2015
masak sotong sedap
Satu petang acik dapat
message Whatapps dari anak bujangan.
“Ma, rajin tak nak
masak?”
“Masak ape?”
“Masak lauk sotong goreng?”
“Nak makan malam ni
ke?” (aku jarang masak utk mkn mlm)
“Takk, esok dorang pot
luck. Dah 2 minggu adik tak join sebab tak bawak pape..
minggu ni dorang nak
rasa sotong goreng mama masak. Sebab adik slalu kata sedap !”
HAAAAA???! Bila pulak aku
slalu buat sotong goreng, sedap pulak tu !!?
yg slalu dia makan tu
dialah yg beli kat nasi kandar Yassin! Dan, yg suka makan sotong kat umah ni,
dia sorang jer! Adoyaiii… now nak suruh aku buat nak bagi budak2 opis dia mkn
pulak tu!
Nasib baik dia gtau
masa aku masih kat opis. Dahlah aku puasa ari ni, nak masak sotong bagai… Cepat2
tanya pakcik google mintak resepi sotong ala2 mamak gitu…. Finally, dapatlah resepi yg agak senang nak
layan! Balik rumah singgah kedai dan beli bahan2 yg diperlukan dari hasil
carian intenet tadi. Lepas buka puasa dan solat Isyak, barulah aku ke dapur masak itu sotong utk bekalan esoknya.
Bila dah siap, aku pun
rasa, bolehlah tahan, taklah macam lauk nasi kandar, tapi sedaplah jugak! Hehehe!! Selamatlah korang
menjamu selera lauk sotong acik eh!!
September 20, 2015
berpada2lah wahai hati
"berpada2lah wahai hati,
jangan sampai menderhaka kepada diri"
Aku
suka dengan ayat ini. aku terbacanya di dalam tulisan seorang wanita di FB yg
tidak kuingat siapa namanya tapi kuingat apa katanya. Sungguh ayat ini
amat mendalam maknanya. Selain dari orang yang mampu mengawal amarah, orang
yang boleh mengawal hati dan perasaannya juga adalah orang yang sangat kuat pendiriannya.
Benarlah
amat, menurut kata hati hanya lebih membawa bahana kepada diri. Dek oleh kerana
menurut kata hati, pendapat dari akal selalu ditolak ke tepi, dan akibat
darinya membawa masalah kepada diri. Dan penyesalan itu selalunya disedari
setelah terlewat. Berpadananlah dengan terbitnya pepatah melayu “Sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna kerana nasi sudah menjadi bubur”.
Subscribe to:
Posts (Atom)