16hb September ialah hari Malaysia. Satu negara bercuti,
jatuhnya pada hari Rabu. Aku hanya bercadang hendak melepak-lepak di rumah.
Sebenarnya pada tarikh tersebut rakan2 sekolah mengadakan
perjumpaan menjejak kasih di Marina Bay, Bandar Maharani. Aku telah menyatakan
tidak dapat menghadirkan diri kerana memikirkan perjalanan yg agak jauh dan
oleh kerana hari Khamis pula adalah hari bekerja.
Tiba2 secara kebetulan pula kumpulan wanita2 taman menjemput
kami2 hadir ke majlis makan2 sambil bersuai kenal. Hhhmmm… aku memanglah
kadang2 tu macam kera sumbang sebab tak bersemangat sosial dengan jiran
keliling kelalang. Kerapkali memang akan mengelak dari menghadiri perjumpaan
keraian yang jiran2 se taman anjurkan. Entahlah
kenapa tapi aku memang tak berapa suka! Sungguh teruknya perangai, dah tua2 pun
tak suka campur orang! Masalah aku sekarang
ialah rumah itu hanya selang dua buah rumah dari rumahku. Apa alasanku untuk
tidak hadir. Tentu2 kereta aku ada dalam porch dan itu tandanya aku tak ke
mana2. Untuk keluar cuci mata ke Big Aeon hanya kerana tidak mahu hadir adalah
sangat mengarut dan aku malas nak start engine kete pun hari tu. Dengan tidak
begitu teruja, aku aturkan juga langkah ke majlis beramah mesra jiran2ku itu. Nak
dijadikan cerita, mereka ini pula hendak mencari ketua sebagai memudahkan
urusan2 kenduri kendara, kematian, bantuan kemanusian dan sewaktu dengannya. So
terjadilah pernamaan dan undian dan penolakan dan paksaan untuk jawatan2 yang
diperlukan.
Aku pulang maghrib tu sebagai naib presiden. Hampehhh!
No comments:
Post a Comment