August 6, 2009

Penyakit akibat Penyakit


The situation is getting worst! Setiap hari sejak kes pertama kita masih membilang jumlah kematian yang semakin meningkat akibat penyakit H1N1. Sungguh membimbangkan. Sehingga hari ini 13 kematian telah dilaporkan, dan bilangan ini akan terus meningkat lebih2 lagi apabila tiada penawar yang benar2 berkesan untuk menangkis penularan panyakit ini. Cuaca berjerebu yang melanda Malaysia sekarang ini menambah kepada mudahnya orang ramai menjadi mangsa H1N1 ini. Saranan kerajaan supaya kita mengelakkan diri dari berada di tempat perhimpunan orang ramai haruslah kita ikuti, demi kebaikan bersama. Kita juga tidak tahu kebarangkalian ada di antara orang2 yang berkeliaran di luar sana adalah mereka2 yang sepatutnya berada di rumah kerana telah diarahkan menjalani kuarantin.
Sama2lah kita mengambil langkah berjaga2 disamping berdoa semoga kita dan keluarga kita dilindingi Allah dari wabak yang melanda ini. Apa2pon, untuk generasi masa depan, semoga kerajaan akan menimbang semula keinginan hendak menjadikan malaysia kandang ternak babi asia, berpada-padalah. Sekian lama telah terlalu banyak penyakit akibat dari haiwan ini, tetapi seperti masih tiada kesedaran.
Penyakit orang Malaysia : Mudah Lupa.

No comments: