April 6, 2010

*Budak Kolej

Aku cuti semalam, Isnin. Daftar masuk anakku2 ke kolej Segi di Seri Kembangan. Kalau highway tak sesak, dalam 20 minit dah boleh sampai…. Tapi kalau jem lamalah nak menyampai ke sana tu…! Anakku2 minat hendak mengambil Diploma Pengurusan Hotel, ok..aku no hal, layan ajalah. Peluang di bidang “cuti2 malaysia” pun semakin berkembang sekarang nie.. yang aku mahu lihat nanti ialah dia berjaya mendapat segulung kertas yang akan menjadi lesen perjalanan kehidupannya kelak. Aku tak kan ada selama-lamanya untuk membantu mereka dalam kehidupan ini. Syukur Alhamdulillah, dua abangnya telah selamat menamatkan pengajian mereka dan telah pun bekerjaya di dalam bidang masing2.
Walaupun berdekatan dengan rumah, Anakku2 masih berminat hendak duduk di hostel yg disediakan pihak kolej. Aku cuma harap dia akan lebih kerap tidur di rumah daripada di hostel tu. Hatiku lebih senang bila semua anak2 berada di depan mata. Aku akan dan sedang menghargai masa-masa kini sebelum ia kelak menjadi masa lalu.

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” (Al-Anfal : 28) Allah SWT telah menjelaskan kepada kita dalam ayat ini bahawa harta benda dan anak-anak yang kita sayangi ini merupakan satu ujian kepada kita. Jika harta benda yang kita perolehi dengan secara yang halal dan menggunakan ke jalan yang halal maka beroleh ganjaran yang besar daripada Allah SWT. Dalam ayat ini juga Allah SWT telah menyebut anak-anak juga merupakan ujian kepada orang yang beriman. Jika anak-anak yang kita didik mengikut acuan Islam, maka kita akan beroleh ganjaran yang besar hasil ketaatan mereka.

1 comment:

anna_m said...

Insya Allah.................