January 24, 2011

Hilang Tepon...Waaaaa!!

Sedih. Bengang. BB lama 2nd phone aku hilang, aku pasti tercicir masa aku kat Guardian Car4 BTHO petang smlm. malam masa kemas2 bilik tetiba aku terfikir mana lak aku letak phone aku tu. cam biasa klu tak jumpa cari mestilah wat calling calling kan. terus masuk msg "the number you have dialled is not in service". berderau darah aku. rasa tak sedap hati dah. aku dah rasa ada sesuatu yg tak kena. kenapa tiba2 masuk voice mail...? aku g tau kat hubby, dia kata kot cicir dlm kete, nanti dia g cari. masa tu dah kat kol 12 tngh mlm. aku dah nak tido, aku kata tak perlah... esoklah u tengok. tpi sesungguhnya tak mudah utkku melelapkan mata. sayup2 dalam lena tak lena kudengar hubby beritau "tak adalah dlm kete!"

hmmm..sahlah dah selamat kena kebas.

sebenarnya, kalaulah orang yg jujur menjumpai tepon tu, sudah pasti mudah aje nak kesan tuan punya tepon tu. just checked the contact or call to mana2 contact list dan tanya "siapa punya phone ni?" mudah jer kan. kalau ada intention nak pulangkan lah. ini sah2 dasar penyamun, jumpe aje, terus2 declare rezeki dia. harus segera dibuang sim kad aku dan pasang sim kad dia. BB lak tu...cilakak!

tak perlah,takkan nak menangis lak kan...tiada gunanya. sekadar telefon aje. silap aku jugak kerana cuai. aku halalkan sesiapa yg amek tepon tu sebab aku tak nak terikat dengan dia masa kat akhirat nanti kalau aku tak halalkan menda alah tu. begitu jugak aku menghalalkan semua hutang2 orang yg tak berbayar kepada aku, dan memaafkan sesiapa juga yg ada berbuat silap kepada aku kerana aku tak nak sesiapa tercari2 aku sewaktu di sana nanti. aku nak aman.

buat sementara waktu ni aku kena gunapakai lah dulu tepon lampu picit nokia yg hitam putih tu dulu.

huhuhuhu.....

1 comment:

Anna said...

Tak ada rejeki..pe lagi..Hp baru ler weh...