January 28, 2011

melarat ke dapur la pulak...

hari ni aku cuti sebab minggu depan aku tak boleh amek cuti kerana anak2 buahku dah apply cuti awal2 sempena cuti hari wilayah dan berapit dengan cuti tahun baru cina! hubby pun cuti jugak pada hari tu.

tengahari tu zaki, contractor yg dipanggil untuk bikin rumah datang seperti dijanji. selepas melihat2 dan meninjau bahagian mana yang ingin ku extend, dia pun bersetuju untuk membuat quotation utk kerja2 naiktaraf tersebut. sedang dia mula berkira2 tentang kos yg terlibat, aku bercerita pula tentang keadaan wet kitchen aku yg memang betul2 wet apabila hujan lebat. contractor yg kami hire mula2 dulu utk kerja memasang awning dan grill kat belakang umah tidak melakukannya dengan elok. aku memang menyesal kerana ketika itu tidak menyangka dia rupanya budak baru belajar. sebab tu bila hujan lebat, aku terpaksa membuka payung di dapurku yang telah dipasang awning yg sepatutnya boleh melindungi dari hujan. bangang betul. cite pun tak guna!

bila zaki melihat keadaan awning yg dipasang kat dapo aku tu dia pun faham apa yg kami hadapi. aku pun saja2 minta zaki quote sekali berapa kosnya kalau aku nak naikkan dapur dan extend bilik anakku sekali! wah!wah!wah! nampaknya rancangan nak upgrade bahagian depan dah melarat pulak ke belakang.... zaki mengukur2 dan kemudian berkata dia akan pulang dulu dan memberitahu kami kos untuk kerja2 yg kami cadangkan tu.... $$$$$$$$

No comments: