January 23, 2011

Pesta Buku Ke 30

satu rencana di akhbar mingguan menarik hatiku. pesta buku kuala lumpur bakal diadakan lagi di PWTC pada 22April hingga 1Mei 2011. pasti akan kukunjungi nanti!

seingat aku, selama 29 kali pesta buku pernah diadakan di PWTC, adalah dalam lebih kurang 10 kali aku menghadirkan diri. mula2 dulu pergi membawa anak2, dalam usaha untuk menarik minat membaca mereka. namun yg kerap menjadi pilihan adalah komik2 katun. pada masa tu, yg paling menarik adalah koleksi katun2 datok lat dan majalah2 humor spt gila2 & gelihati. dan sehingga kini setelah remaja mereka semua masih membeli dan membaca komik katun, tapi katun jepun...termasuklah komik2 doremon!. aku tak faham sangat cara membaca komik2 tu, mana mulanya, mana pula akhirnya! lebih mudah menonton katunnya di TV.

akhir2 ini apabila ke pesta buku, hanya aku dan hubby minus the boys. tumpuan aku hanya kepada kedai2 menjual buku terpakai. sebabnya, aku suka membaca novel2 terutamanya romantik komedi & fiksyen, tetapi aku tidak suka menyimpannya. selepas habis dibaca, buku2 tersebut akan dilupuskan. buku2 terpakai ini biasanya boleh didapati sekitar RM5 hingga RM10 sebuah. malah ada yg RM10 untuk 3 buah buku! its a very good deal, for me! aku tak kisah kalau buku itu di tulis 5 atau 6 tahun yg lepas, janji boleh dibaca! dan aku tidak akan merasa rugi jika ceritanya tidak menarik kerana aku tidak berbelanja besar untuk mendapatkannya. aku akan membeli dalam 10 buah novel, dan stok itu cukuplah untuk aku sehingga sampai ke pesta buku di tahun hadapan pula! menariknya! hehe!! memang begitulah tabiatku membeli buku mudah milik tanpa mengoyakkan poketku. kadang2 kat cash converter pun aku boleh jumpa novel yg murah dan menarik! biar buruk dan murah, ceritanya tetap tak berubah!

untuk membeli buku baru di malaysia amatlah mahal sehingga boleh menjangkau RM50 sebuah! tak kiralah buku tempatan atau buku import.....dan tidak berbaloi lebih2 lagi buat orang sepertiku yg tidak berminat hendak menyimpan selepas membaca.

amat berbeza sekali dangan anakkudin yg mempunyai perpustakaan novelnya sendiri. aku tak tahu apa yg akan dibuatnya dengan timbunan novel2 yg dibeli dan disimpan dibiliknya tu. cumanya aku tak kuasa berkongsi membaca novel2 yg ada dalam koleksinya kerana pada usia kini aku tidak lagi gemar membaca novel2 melayu. zaman itu telah lama berlalu. suatu ketika dahulu di antara novel2 yg berkesan kegemaranku dihasilkan khadijah hashim, fatimah busu, zaharah nawawi, adibah amin, anas hadimaja . masih teringat satu novel arenawati (tak silap aku) yg menggunakan katanama "oda @ orang dekat & teja @ teman jauh! hmmm nostaljia.

namun...sudah pastilah novel2 yg pernah kubaca itu tidak ada lagi dalam simpananku!

No comments: