January 27, 2011

saya nak repair rumah

petang tadi pulang dari opis saya menonton TV sorang2 kat living room. Anakku baru pulang dan terus masuk ke biliknya. sedang santai2 atas sofa tiba2 saya dengar bunyi seperti kertas bergerak2 seperti ditiup kipas angin. eh, saya tak pasang kipas pun. and the pintu rumah pun bertutup. bunyi apa tu? entahlah. mayb saya terlangar kertas2 surat khabar di bawah meja tu. beberapa minit selepas saya menumpu perhatian ke arah TV semula, saya terdengar bunyi yg sama sekali lagi! this time saya bangun dan melihat keliling. sah hanya saya seorang di situ. kucing saya pun tak ada menonton bersama saya. pelik la kan. Saya pun menolak sofa dihadapan saya untuk melihat apa yg ada kat sana. sebaik sahaja saya menolak2 sofa itu, saya ternampak seekor haiwan hitam sebesar penumbuk berlari2 keluar dari bawah kerusi menuju ke bawah meja computer yg telah menjadi meja mesin jahit saya! Makkkk!! ada tikus!!

Apa lagi! saya pun menjerit dan lari ke dalam bilik dan menutup pintu. Anakku yg terkejut mendengar saya menjerit terus keluar dari biliknya dan bertanya kenapa saya menjerit? saya katakana ada tikus kat depan! Anakku pun terus panggil si chomel kat dapor dan saya dengar dia godek2 sofa2 dan kerusi kat depan umah. “Tak ada lah mama! tadi Comel ni macam kejar benda kat pintu… tak ada apa dah ni! dah keluar kot!”. Tak lama lepas tu dia kata lagi “Mama! ada lubang kat bawah pintu cermin kat depan tu! kat situlah dia kuar masuk agaknya!” “ok eh! kita nak kuar ni g men futsal!” Saya pun tinggal sorang2 kat dalam bilik kat umah. Saya msg hubby soh balik cepat n bagi tau cerita tikus masuk umah dan ada lubang kat pintu depan. Nasib ler hubby dah on the way home. Saya duduk dalam bilik tunggu dia pulang. rimas, tapi saya takut nak kuar ke depan takut menatang tu masih ada kat sana...

Hubby sampai umah dah mulakan penyiasatan. jumpa lubang di pintu spt yg diberitahu anakku tdi. Hubby pun sumbatlah lubang tu dengan ketulan2 kertas surat khabar buat sementara waktu. Aku cakap kat dia, aku nak repair bahagian depan rumah dan tukar pintu kaca bersimen, tak nak dah frame kayu ni. this time it is for real. dah lama dah kami bincang pasal nak upgrade bahagian depan rumah ni, tapi masih cakap2 kosong aje. tapi kali ini aku dah tak sanggup nak berkongsi ruang tamu dengan tikus2 tanah tu! sakitnya jiwa aku. Malam tu gak aku soh hubby call the pakcik yg pernah datang wat quotation kat kami satu ketika dulu, dan wat appointment soh dia datang buat quotation baru as soon as possible, esok kalau boleh!

No comments: