January 18, 2011

sebelum dan selepas

ujung bulan lepas aku baru saja memperbaharui lesen memanduku for another 5 years. aku tengok gambar di lesen memandu tu masa aku muda belia lagi. masih kuingat pesanan aruah abah yg menyuruhku mengambil lesen memandu sejurus selepas kami membeli kereta. betullah, bila ada kereta barulah praktikal belajar memandu. and masa dah dapat lesen kalau tak dipaksa, tak berani jugak nak bawak kereta!

kata orang, kalau nak belajar memandu, belajarlah dengan boy friend, bukan dengan suami. kerana masa bercinta2, tahap kesabaran kekasih memang tidak boleh dipertikaikan. buat salah macamana pun masih cute dan comel. kalau belajar dengan suami, maulah asyik kena maki jer bila setiap kali nak tukar gear, mata nak kena nengok ke gear tu dan terlepas pandang apa yb berada di hadapan! silap2 agaknya boleh jadi seminggu tak bertegur sapa bermula sejurus keluar dari kete. sorang panas hati, sorang kecik hati. nasib baiklah ada driving instructor di driving institute. semestinyalah hanya mereka2 yg terpilih sahaja layak menjadi cikgu memandu nie.... hehe!!

kenapa yer… ada orang yg tak brapa suka nak menunjuk ajar isteri sendiri, tetapi kalau orang lain sungguh2lah pulak menunjuk ajar sampai mahir. macam aku ni, tak berapa lah pandai sangat bab2 menggunakan aplikasi komputer yg canggih2 skng ni, yg basic2 tu oklah. nak harapkan lakiku, bila dia sibuk dengan aktivitinya bertenet, kalau kita tanya pun nak tak nak jer menjawab utk menunjuk ajar. hmmm… nasiblah la kan. pandai2lah layan diri sendiri…

No comments: