January 21, 2011

Khurafat : Harapanku

Aku dah planning ngan hubby nak tengok cite Khurafat di panggung. Kami berlapangan menontonnya di JJ pada Jumaat malam Sabtu. Membaca komen di akhbar tentang penampilan hantu yg seram aku pun telah bersedia dengan pendindingku sebelum masuk ke panggung! actually aku memang sentiasa bersedia membawa pendinding aka extra selendang sewaktu menonton cite seram di panggung. selendang itu menjadi selubung kepala ku ala2 ninja yg akan mengurangkan keseraman terhadap imej hantu yg tiba2 terpacul di skrin. di sebalik selendang, hantu2 yg cuba menakutkan aku tu akan kelihatan kelam2 aje... so taklah seram sangat. hehehe!

jalan ceritanya menarik dan aku sedih sebab endingnya sedih. Pada pandangan aku liyana jasmay tidak sesuai memegang watak isteri syamsul kerana perwatakannya yang keanak2an. adalah lebih baik jika dia memegang watak adik syamsul. penampilan mariani tidak menguatkan cerita, hanya sebagai menimbulkan teka teki di kalangan penonton di awal2 kemunculannya.

pada mulanya aku amat pelik mengapa si ana yg putus cinta dengan syamsul begitu tidak dapat menerima hakikat ditinggalkan kekasih. tertanya2 mengapa sampai begitu sekali tidak dapat menghadapi kenyataan kekasih tidak lagi cinta dan telah meninggalkannya dan berkahwin dengan orang lain. rupa2nya itu adalah intipati yang membawa kepada kisah seram yg selanjutnya.

Harapanku setelah tamat kisahnya adalah supaya watak syamsul tidak dimatikan. harapanku adalah agar dia diberi peluang yg lebih baik kerana telahpun memilih untuk menjalani kehidupan berumahtangga dengan wanita solehah dan tidak sosial seperti bekas kekasihnya, ana. dia telah mula kembali kepada asas agama dan ditunjukkan mengimamkan solat. seharusnya sisi hitam yg dilaluinya dahulu dapat disisihkan dan sepatutnya berjaya memenangi pertarungan dengan syaitan kerana dia telah insaf dan menyesal dengan perbuatan terdahulu; dan bukan terkorban kerana syaitan itu berjaya memusnahkannya. itulah harapanku.... heaaaa!

sesungguhnya aku amat sedih melihat syamsul menangis2 bercucuran air mata mengiringi jenazahnya ke kuburan. amat tersentuh sekali melihat adengan itu.

hubby terkujat2 terperanjat disergah hantu di sepanjang cerita! itu salah dia sebab dia tak nak pakai pendinding macam aku! hahahah!!

No comments: