Finally, kami telah bersetuju dengan kos yg dicadangkan oleh contractor zaki. rancangan asal hendak menaiktaraf bahagian hadapan rumah sahaja kini telah berkembang menjadi tiga bahagian kesemuanya. kat depan tu straight foward : extend sket dan tukar sliding door. wet kitchen pula akan dijadikan bilik yg lebih selesa buat anakku. bilik asal anakku akan di extend dan akan transform menjadi dapur! zaki berkata dia akan mulakan kerja di bahagian dapur dahulu. masa yg diperlukan ialah lebih kurang sebulan.
esoknya, zaki dan pekerjanya telah datang merobohkan grill dan awning dapurku. cepatlah pulak mamat ni buat keputusan nak melaksanakan tugasannya. haiyoooo.... ! sume barang2 kat dapo basah tu kena pulak aku alihkan ke ruang makan. so ruang makan rumah kami yg comel tu kini penuh dengan barangan yg diangkut ke dalam e.g kuali, periuk, pinggan mangkuk, cawan cemawan dll. dll. dll. semak betul rumah dan kepala aku. senang cite, aku tak payah masak langsung selagi renovation dapo aku tu tak siap. hehe!! macamlah aku ni masak sangat. sebenarnya kalau aku masak pun hujung2 minggu jer !
so far aku tengok mamat ni tekunlah buat kerja2 dia, cepat je siap dia clearkan grill dan turunkan awning yg serba tak kena tu. sehari suntuk dia buat kerja tu, sume clear. tapi siksalah nak menunggu bilakah akan siap sepenuhnya kerja2 tu. kena banyak2lah bersabar.
No comments:
Post a Comment