December 13, 2010

*Cerita dari Mekah

Temanku Sal baru pulang dari mengerjakan haji di tanah suci. ini kali ke dua dia menunaikan rukun islam ke 5 tersebut. Hari pertama dia masuk bekerja kami berbual bertanya khabar di telefon dan sempat juga dia bercerita serba sedikit pengalaman semasa berada di Mekah.

Pengalamannya kali ini agak berbeza dugaannya. antara yg diceritakan adalah sewaktu di muzalifah dan di mina. selesai mengutip batu di muzalifah, mereka sepatutnya ke mina untuk melontar, tetapi bas pula tidak sampai untuk mengambil mereka sehingga terpaksa bermalam di sana, di bawah langit beralaskan tanah dan berbantalkan beg sandang yg dibawa. Cuaca di Mina pula tersangat panas dan katanya aircond dalam khemah pula macam tak berapa hidup, jadi keadaan amat merimaskan sehingga ada dari jemaah wanita yg membuka aurat mereka kerana tidak tahan dengan bahang kepanasan. dalam khemah ada 100 orang dan setiap orang mendapat ruang yang cukup2 untuk berbaring sahaja. macam ruang tanah kubur, kata Sal! bercerita pula tentang sindiran seorang wanita kepadanya apabila dia beratur ketika hendak menggunakan tandas. wanita itu merasa Sal tidak sepatutnya menggunakan tandas di situ kerana menyangka Sal dari muasassah dan bukan dari kumpulannya. Sal kata dia diam ajalah kerana tidak mahu menimbulkan sebarang pertelingkahan dan merosakan ibadahnya. ternyata cabaran kesabaran amatlah tinggi sekali. bukan senang hendak mendpat syurga.

Aku merenung jauh ke dalam diri apabila mendengar secebis cerita dari tanah suci ini. Mengenangkan diri aku yang amat kurang tahap kesabarannya... bagaimanakah nanti akan kuhadapi dugaan yang pelbagai sekiranya suatu hari nanti aku menjejakkan kaki ke sana. Aku sedar diri yg amat kurang toleransi apabila berada di tengah2 orang ramai. cukuplah contoh ketika berada di pasar malam, aku amat rimas apabila terpaksa berada di belakang orang2 yg berhenti,look see, look see. aku boleh saja menerjah di depan mereka sambil mendengus dan segera berlalu pergi. buruk laku betul... bayangkanlah apabila berada di dalam himpunan seramai2 umat di depan kaabah nanti?

Ya Allah... harus aku segera belajar dari sekarang untuk menjalani rutin hidup dengan penuh kesabaran. Ya Allah, bantulah hamba Mu ini.

No comments: