April 18, 2011

hari minggu yg seronok!

Hujung minggu baru2 ni tak ada apa nak buat. (sebenarnya, ada banyak kerja2 rumah yg belum dibuat tapi alasan nak menjengkit kan..) boleh pulak wat plan nak g jalan2 ngan hubby test drive kete! hahah!! memula kami g ke honda show room pasal nak tengok sangat insight hybrid yg glamour tu. masa sampai lak tu ujan, tapi the sight of insight membuatkan kami sangat teruja. pulak tu mamat salesman tu ok jer, tak kerek lah kan melayan kami berjalan2 di dalam hujan menaiki insight yg cun dan comel tu. sungguhlah menarik dan lancar pemanduannya. sangat ekonomikal kalau kita sanggup bersabar dan tahan haba sket... hehe! kalu nak tau lebih lanjut kena test sendiri!

tapi ada masalah sikit tentang delivery kata mat Anthony, salesman yg melayan kami tu. delivery tak pasti bila, sebab Jepun masih belum pulih dari bencana alam yg dialami baru2 ini. "so, kalau u minat u boleh booking sekarang dan Q, mayb dalam 3,4,5,6, bulan ada stok sampai! untuk booking cuma RM1,000 saja!" Si Tony ni siap calculate kan the monthly installment kalau kami betul2 nak beli kete tu. kos tu macam boleh layan lagi lah. part yg paling membuatkan kami terkejut badak ialah part rega bateri hybrid tu! kete ni ada 2 bateri, satu bateri biasa, satu bateri hybrid.  After 5 or 6 years, kena ganti bateri hybrid yg terletak kat dalam but kete tu, harga bateri tu sahaja around RM6k! hehehe!!!

The next model yg menjadi mangsa kami ialah Inspira! makk aiii!! cantik lah kete ni... bawak kete ni macam bawak kete F1 layaknya, gear kat tangan tu! klik! klik! sungguhlah amat  mengujakan! dalamnya luas dan kemas. sangat mantop gitu! 2 round kami lanyak, aku satu round, hubby satu round! hehe!!! gilak ah!

Dan yang paling tak sanggup, kami pergi jugak menjenguk Pirius yg amat canggih tu..... kalau aku tak payah duduk dalam rumah, aku suka kalau dapat duduk dalam kete ni jer. sebab dah ada experience pasal bateri hybrid ni, aku pun tanya kat mamat salesman ni (yg rupanya berjiran taman ngan aku) tentang berapa pulak harga bateri hybrid ni. katanya dalam 8 ribu, US Dollar! hah?!!  aduyaiiii!! heheh!! tapi... katanya so far belum pernah kena tukar lagi since the 1st production in year 1992, kat jepunlah katanya. iyelah...

gembira pulak rasanya spend weeke end kali ni, do something different! hahah!!

No comments: