April 1, 2011

jatoh moto lagi

anakku2 jatoh moto lagi. entah kali ke berapa dah lost count dah.

aku dah siap2 nak masuk tido dan teringat nak call anakku2 kenapa tak pulang lagi sedang jam sudah melepasi pukul 12 tengah malam. sedang membelek2 handphoneku, handphone hubby lak yg berbunyi. melihat kepada nama pemanggil, dia terus bertanya aku, ada miss call dari adek ke? aku menidakkan. aku dengar dia bersoal jawab serba sedikit dan lepas tu  memberitahuku anakku2 accident dan he makes the call from inside an ambulance. dia dalam perjalanan ke HUKM dengan kawannya yg sama2 jatuh tu. adohhhh!! ya Allah! risaunya aku, sakitnya hatiku, menyirapnya darahku. geram sungguh rasanya.

aku dan hubby terus bergegas ke HUKM. dalam hati memang sungguh bimbang kalau2 dia mengalami kecederaan teruk, begitu juga rasa bimbangkan teman sejatuhnya itu. mengapalah budak sorang ni tak serik2 jatoh moto dan luka terseret sana sini. kali ni sampai naik ambulan pulak. hati mak mana yg tidak gundah gulana?

sampai2 kat HUKM kami ke wad kecemasan dan terus mencari2 kelibatnya. tiada. nampak pulak sekumpulan kawan2nya yg kemudiannya memberitahu kami yg anakku2 masih di dalam menerima rawatan membersih luka2 di wad kecemasan tu. tak lama kemudian baru nampak anakku2 terhenjut2 berjalan kaki ayam ke arah kami dengan tangan berikat dengan kain andoh / shoulder sling. kesian dan geram bercampur baur. mujur dia masih boleh berjalan lagi. nasib lah hubby ada selipar spare di dalam keretanya, kalau tak berkaki ayamlah lah anakku2 sampai siap sume urusan kat sepital tu.

doktor kata tulang dibawah bahunya ( clavicle, or collarbone) patah, tapi tak perlu operate kerana ia akan pulih sendiri tapi memakan masa. A broken clavicle, or collarbone, is a painful experience, but the recovery is fairly straightforward if you have a simple fracture. A simple fracture is a single break. The clavicle is most often broken during falls when you use your hands to catch yourself or when you sustain a hard blow to the outside of your shoulder that compresses the collarbone. As advised by doc, kena sentiasa pakai shoulder sling untuk mengurangkan pergerakan tangan. doktor bagi mc 19 hari, dan kena datang semula lepas tu untuk rawatan susulan.

selesai semua urusan di hospital dalam pukul 3.00 pagi dan kami sampai ke rumah dekat 3.30 pagi.ngantok betul. nasiblah kawannya pun tidak mengalami kecederaan teruk. aku harap ada kesedaran di hati anakku2 setelah kejadian kali ini.



No comments: