April 20, 2011

sejarah tercipta

aku tersedar sewaktu hujan tiba2 turun dengan lebatnya sekitar pukul 5 pagi. sejuknya sampai ke tulang. malam tadinya aku ngan hubby ke petaling jaya selepas maghrib dan kami pulang ke rumah dalam pukul 1130 malam. sampai umah aku terus mandi manda dan selepas solat isyak tergolek kat depan tengok cite exorcist kat tv. dalam hati berkira2 jugak kalau aku tido lewat ni susah lah nak bangkit pagi esoknya.

memang pun aku terlewat bangun. lebih2 pulak hujan lebat dan aku mesti keluar rumah sebelum 630 pagi untuk mengelak dari melekat di atas jem jalan di cheras. cepat2 aku gosok gigi, wuduk dan solat. aku tak mandi. hahah! tak kisahlah, aku bukan ada aktiviti apa pun mlm tu, lepas mandi dah tergolek tido..so kira dah mandi in advance la tu! sungguh hari ni dalam sejarah! tak pernah kubuat sepanjang hayatku,pergi keje tak mandi. ini kali pertama! hihihi!

No comments: