April 21, 2011

hilang di angin lalu

pagi tadi aku ada meeting dan urusan kerja di KLIA, so aku tak lah gerak kuar sesudah subuh macam hari2 biasa. perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam suku cam tu. jauh tapi tak jem. kalau ke opis aku dekat je, tapi kalau silap masa keluar boleh mengambil masa lebih sejam nak sampai!

meeting pagi lewat sejam sebab taukeh2 besar aka owner lewat sampai coz mereka tersangkut urusan lain di PJ. sabarjerla... kreng jugaklah wakil contractor tu dok kejang dlm bilik meeting. aku lak dok dlm bilik operation manager sambil cite2 hal2 plant sambil minum kopi dan makan tempeyek. tak patut betul kan. heaaaaa!

yang paling aku tak suka tapi terpaksa buat ialah mengambil MOM. kadang2 boleh elak, tapi hari ni tuan haji sudah suruh aku amek minit. angguk aje lah. sebenarnya aku lebih suka mendengar dan participate masa meeting, akan lebih concentrate berbanding bila kena mendengar dan menulis pada masa yg sama.  untuk mengambil kerja mudah aku tape jer pakai BB aku tanpa pengetahuan diaorg. aku take notelah sikit2 jer ! ingat esok bolehlah aku dok siapkan MOM tu tanpa masalah. TAPI ada masalah besar, apa yg aku tape tu tadi aku lupe save!

MasyaAllahh......abih tu?  bakal jadi lintang pukanglah minit aku nanti ni...

No comments: