July 30, 2011

Pulanglah

Jumaat malam, aku dan mr hubby pulang ke kampong menjenguk mak seperti biasa. Rutin biasa kami, pergi bersarapan di kedai satay favourite di bando, dan bawak mak beli barang2 keperluannya.

Aku sempat melawat sepupuku dan terkejut melihat kedai runcit yg diusahakannya secara kecil2an selama ini untuk mencari rezeki telah ditutup dan kedainya kosong. Rupanya dia terpaksa menutup kedai kerana tidak mampu membayar pembekal setelah tidak berniaga selama 2 minggu kerana melawat dan menjaga arwah ayah mertuanya yg sakit di kampong. Bila pulang semula ke kedai, hutang2 mula tertunggak dan tidak mampu dibayar kerana tiada penjualan, akhirnya sume barang2 diambil semula oleh pembekal.

Aku berdoa kepada Allah sempena kedatangan ramadhan yg mulia ini agar Dia permudahkan urusan kak B supaya dia dapat bangkit semula deperti sedia kala.

No comments: