July 31, 2011

Sedih la pulak... Elia n KFCM

Tajuk akhbar mingguan Metro sungguh menyedihkan hatiku. Retaknya hubungan penjaga gol Malaysia dengan tunangnya. Aku dapat merasakan betapa pilunya hati seorang wanita yang baru berikatan selama dua bulan tetapi terpaksa berakhir dengan perpisahan sebegitu. Belum hilang penat mengatur persiapan bertunang, tiba2 kekasih hati membuat keputusan berpisah.

Memang berisiko tinggi berkasih dengan public figure, lebih2 lagi bila hanya kekasih hati seorang selebriti sedang si gadis hanya perempuan biasa. Hati perempuan mana yg tidak tersentuh apabila membaca gosisp2 jejaka pujaan mulai keluar dengan gadis2 lain yg sememangnya sentiasa mencari ruang merapati jejaka yg kian popular itu. Akhirnya menimbulkan perselisihan faham dan boleh berakhir dengan perpisahan.

Cubalah sekiranya dia masih seorang pemuda biasa yg kerjanya menjaga gawang gol pasukan negerinya, aku rasa tiada siapa yg akan menganggu gugat hubungan itu. Senang sungguh KFCM membuat keputusan untuk menyelamatkan dirinya dari gossip2 begitu. Selepas ini bebaslah dia keluar dengan mana2 wanita yg diingininya tanpa perlu menjaga hati sesiapa lagi. Nyatalah populariti boleh memudarkan perasaan cinta seseorang. Ramai yg ingin menjadi pasangan KFCM yg sedang meningkat popular ini, dan pastinya juga ketika dia dipuncak sekarang ini, semua saudara maranya jauh dekat teringin bermenantukannya, cerah masa depan anak dara mereka.

Sabarlah Elia, hanya itu yg mampu diucapkan. Terimalah kenyataan jodoh pertemuan itu sesungguhnya ditentukan Allah swt. Hadapilah dengan tabah akan dugaan ini, masa jua akan menyembuh derita. Tak guna kita harapkan orang yg kita sayang tetapi dia tidak lagi menyayangi kita. Terbukti sudah kasihnya amat rapuh dan tidak kukuh buat anda. Itulah hakikatnya.

No comments: