July 29, 2011

Adussss! Harimau Malaysiaku

Semangat memang tinggi giler bila aku n mr hubby pergi ke perlawanan bola sepak mesia vs spore kat bukit jalil. Macam2 perlakuan yg dapat kami saksikan sepanjang pemanduan ke stesen LRT Tasik Selatan. Memang seronok sangat tengok sume2 muka kelakar, happy dan bersemangat dengan bendera di kereta dan diarak dengan motosikal. Sampai di stesen LRT kelihatan ramai umat kuning dan biru sedang berator menunggu tren. Kusss semangat bila tren sampai, dah sarat dengan kuning biru kat dalamnya. Kami menyelit2 jugak masok sambil gelak ketawa! Semangat tinggi sumenya beb!

Sampai di stesen bukit jalil penumpang2 tren mula bersorak2! Kelakar rasanya!! Macam dah kat dalam stadium lak rasanya. Pandangan di sekitar stadim memang melaut dengan manusia berpakaian kuning biru! Memang rasa seronok dan terharu melihat puluhan ribu rakyat menyokong “Malaysia”. Tidak ada langsung tanda2 rakyat Malaysia sebenarnya sedang menganuti pelbagai fahaman politk! Semuanya menyokong pasukan Malaysia. Sesunggunnya sukan memang boleh menyatukan rakyat!

Tempat duduk yg kami dapat memang best, tapi masalahnya mamat2 keliling ni masyallah punyalah sakan merokok! Asap rokok atas bawah kiri kanan membuatkan kepalaku jadi toing! Menyeksakan betul. Stadium tak boleh jadi tempat larangan merokok ker? Sungguh tak sihat untuk menyaksikan kegiatan yg sihat.

Singapore memang hampeh dan penuh drama yg sengaja dibikin untuk menyakitkan hati pemain dan rakyat mesia. Seolah2 pemain2 mereka tu sumenya bapok! Sket2 tergolek sana, tergolek sini. macam c%*#@^ sumenya! Apa2 pun tahniahlah kepada pemain Melaysia kerana mencuba bersungguh2, tapi nak wat cemana ternyata pasukan lawan memang telah menang.

Aku dan mr hubby berangkat pulang setelah gol penyamaan 1-1, kami nak rebut tempat menaiki tren nanti! Rupa2nya masa tu dah ramai deretan manusia yg mula berangkat pulang!! Adoiiiii!! Berasak2 juga nak masok tren! Sampai umah dlm kol 11+, hati sedih, mata pedih, kepala pusing.



No comments: